Monday 3 September 2012

PERADUAN SMS & MENYERTAINYA HALAL @ HARAM ?

Hukum peraduan SMS & menyertainya menurut pandangan Islam
 
 

Seringkali kita dihujani dengan pelbagai peraduan yang benar-benar menyeronokkan dan menguntungkan. Melalui pelbagai tawaran dan hadiah-hadiah yang menarik, dalam tidak sedar peraduan seumpama ini telah berjaya menarik minat ramai remaja Islam atau Melayu terutamanya untuk menyertai. Namun, apakah kita pernah mengkaji akan halal dan haramnya? Apakah kita cakna pada hukum Haram atau Halal ini? Ya..ada kebanyakkan responden mengatakan " ala..kita hanya nak main-main aja..saja nak cuba, suka-suka..tapi kalau dah nak dapat hadiah tu, itukan namanya rezeki"....Ya, benar. Peraduan seumpama ini mungkin kebanyakkan hanyalah menyeronokkan tetapi sebagai seorang insan yang beragama Islam, kita perlu menitikberatkan soal Halal dan Haram dalam setiap tindakan atau perlakuan yang kita lakukan. Kenapa ana katakan begitu ? Kerana Allah telah berfirman :-

"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu".
(Surah Al-Baqarah ayat 168)
 

Ingin ana kongsikan hasil Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Bersama kita memahami hasil muzakarah ini..
 


KEPUTUSAN



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) kali ke-64 pada 27 Julai 2004 di Putrajaya telah membincangkan Hukum Peraduan SMS Dan Menyertainya Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan:

Peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan seumpamanya adalah mengandungi unsur-unsur eksploitasi, kesamaran (tidak jelas), pertaruhan dan nasib yang tergolong dalam pengertian judi. Dari itu hukum peraduan kuiz tersebut adalah haram di sisi syarak.


LATAR BELAKANG
 
Isu ini timbul apabila ada pandangan yang meragui tentang peraduan Sistem Pesanan Ringkas/Short Message Service (SMS) melalui telefon bimbit yang semakin meningkat dengan menawarkan hadiah yang lumayan. Tawaran hadiah tersebut telah menyebabkan orang ramai yang mungkin mencecah ratusan ribu terpikat untuk menyertainya.

Jika dahulu peraduan seumpamanya memerlukan peserta mengisi borang kertas dan menghantarnya kepada syarikat berkenaan dengan membayar harga setem, tetapi kini mereka dikehendaki menghantar SMS. Ini menyebabkan pihak penganjur akan memperoleh keuntungan besar daripada caj SMS yang dikenakan terhadap para peserta pertandingan, dan pihak peserta akan membayar bil yang tinggi untuk menyertai peraduan itu.
Melihat pada cara peraduan ini dijalankan para peserta mungkin telah menyertai satu bentuk peraduan yang tidak jelas operasinya. Apa yang lebih

membahayakan sekiranya terdapat unsur judi dan penipuan dalam peraduan SMS ini di samping peserta menyimpan angan-angan pula untuk memperoleh hadiah lumayan dengan mempertaruhkan caj telefon yang dikenakan.

Judi dari segi bahasa ialah permainan dengan menggunakan anak panah.
Menurut Stephen Lea dalam buku


The Individual in the Economy, A Textbook
of Economic Psychology (1987) perjudian ialah suatu kondisi di mana terdapat potensi kehilangan sesuatu yang berharga atau segala hal yang mengandungi risiko. Namun demikian, perbuatan mengambil risiko dalam perilaku berjudi, perlu dibezakan pengertiannya daripada perbuatan lain yang juga mengandungi risiko. Ketiga-tiga unsur di bawah ini mungkin dapat menjadi faktor yang membezakan perilaku berjudi dengan perilaku lain yang juga mengandungi risiko:

a. Perjudian adalah suatu kegiatan sosial yang melibatkan pertaruhan sejumlah wang (atau sesuatu yang berharga) di mana pemenang memperolehi wang daripada yang kalah.
b. Risiko yang diambil bergantung pada kejadian yang tidak diketahui hasilnya pada masa akan datang dan kebanyakannya ditentukan oleh perkara yang bersifat nasib dan kebetulan.
c. Risiko yang diambil bukanlah suatu yang harus dilakukan kerana kekalahan dan kehilangan dapat dihindari dengan tidak mengambil bahagian dalam perjudian.
Daripada penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa perjudian ialah perilaku yang melibatkan adanya risiko kehilangan sesuatu yang berharga dan melibatkan interaksi sosial serta adanya unsur kebebasan untuk memilih sama ada akan mengambil risiko kehilangan tersebut atau sebaliknya.


HUJAH DAN DALIL
 
Islam tidak melarang manusia untuk mencari harta dengan syarat ia tidak terkeluar daripada ketentuan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Ini kerana prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam mencari sumber rezeki adalah melalui usaha tanpa mengetepikan tanggungjawab yang telah difardukan sebagai seorang Islam.

 Islam mengharamkan judi bersama-sama arak, pemujaan berhala dan tenung nasib dengan batang-batang anak panah, yang menyamakannya dengan perbuatan syaitan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ma`idah 90:
 
Maksudnya:
Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Merujuk kepada bayaran bil telefon atau talian untuk memasuki pertandingan, hukumnya adalah tidak harus dari segi syarak jika syarikat yang menaja wang dalam iklan-iklan dan menyediakan peraduan atau pertandingan menggunakan wang yang hasilnya daripada caj bayaran telefon atau talian.
Pertandingan seperti ini merupakan salah satu daripada jenis judi ataupun almaisir
menurut bahasa al-Quran.
Dari satu aspek yang lain, sebab pengharaman yang jelas kepada pertandingan atau peraduan ini dan ia digolongkan dalam perjudian adalah kerana peserta yang menghubungi atau menggunakan talian telefon untuk menyertainya membayar bayaran yang lebih tinggi daripada caj bayaran biasa
untuk setiap minit. Sekiranya peserta membayar caj bayaran yang biasapun, ia
masih juga tergolong sebagai judi atau pertaruhan kerana dia membuat panggilan dan sanggup membayar bil telefon itu dengan tujuan memperoleh kemenangan.









8

Sunday 26 August 2012

AKTIF DALAM DAKWAH KAMPUS TETAPI RESULT TAK CEMERLANG, KENAPA YA???

 
Betul ka...ramai yang cakap mahasiswa yang aktif di kampus selalunya pointer rendah. Kenapa boleh jadi macam ni ya?? Keluh sebahagian mahasiswa sehingga kebanyakkan mahasiswa yang belajar di kolej atau universiti tak nak terlibat atau mengambil bahagian dalam mana-mana persatuan.. antara alasan yang paling popular ialah assingment banyak..tak sempat..takut pointer jatuh dan lain-lain...

Hmm..sedikit perkongsian yang ana ingin kongsikan hasil daripada pembacaan beberapa buah buku dan blog serta pengalaman daripada pendidik2 buat sahabat-sahabat dan ana sendiri yang mungkin kadangkala ada mengeluh atau ber 'mind set' kan seperti ini..moga perkongsian ini dapat memberi kita sama-sama bermuhasabah kembali dan perbaiki hati.

Pertamanya di sini,kita perlu bertanya, benarkah terjadi sedemikian? Jika benar berapa peratuskah atau berapa ramai mahasiswa yang aktif dengan dakwah ini tidak cemerlang dalam belajar? Sebenarnya tidak ramai yang sedia mengorbankan masanya dengan dakwah kampus. Ramai di kalangan mahasiswa yang
menghabiskan masa dengan perkara-perkara remeh seperti melepak, bercanda, bercinta dan sebagainya. Ramai di kalangan mahasiswa di kampus juga adalah mahasiswa yang hanya tertumpu di ruang legar akademik sehingga mengabaikan hak umat ke atas dirinya. Bagi mereka, dakwah tiada kaitan dengan kehidupan mereka sebagai mahasiswa. Pada pengetahuan ana, rakan-rakan yang aktif dengan dakwah kampus, mereka ini terdiri daripada kalangan pelajar yang cemerlang. Hari ini ramai di kalangan mereka berjaya menjadi profesional da’ie dan para ustaz ustazah .


Berbalik kepada persoalan di atas, hanya segelintir sahaja sebenarnya aktivis dakwah yang terkadang

diuji Allah ke atas dirinya dengan hilang fokus dalam pelajaran. Mungkin kerana ada beberapa sebab terjadi sedemikian, antaranya faktor matlamat yang tidak jelas mengapa kita terlibat dengan organisasi dakwah kampus, pengabaian disiplin masa dan belajar, gagal memahami konsep ”Alim Mujahid dan Tarbiyah Dzatiyah yang longgar. 
 
Niat
Niat adalah perkara pokok ke arah mencapai kecemerlangan. Tanpa niat yang betul di awal, di pertengahan dan di akhir perjalanan kita, kecemerlangan atau kejayaan sukar diperolehi.Kita mungkin mengatakan kita telah memulakan niat yang betul pada gerak dakwah yang kita lakukan..dakwah kita kerana Allah namun dalam tidak sedar kita harus berhati-hati bahawa seringkali terjadi niat kita akan berubah di pertengahan perjalanan gerakan dakwah kita. Pada waktu bila niat ini mula berubah? Pada waktu di mana kita mula berhadapan dengan ujian yang berat, kita mula mengeluh dan keyakinan kita pada pertolongan Allah mula menjadi was-was. Di saat ini, dalam tidak sedar niat awal kita yang baik telah mula berubah sedikit.Kita mula merasakan tugasan dakwah adalah beban dan menyusahkan...Namun apa yang paling penting adalah kita perlu sedar dan perbaiki serta perbaharui kembali niat itu kerana niat akan menentukan tindakan kita. Begitulah pesan seorang murabbi...
 
Hilang punca
Sebagai mahasiswa, tugas dan peranan utama kita adalah belajar mentelaah ilmu dan meletakkan diri kita di kalangan yang terbaik. Manakala tugas dakwah adalah tugas hakiki kita sebagai hamba kepada Allah SWT. Tiada pemisah di antara belajar dan dakwah. Untuk menjadi hamba Allah SWT., seseorang perlu cemerlang dalam menuntut ilmu, cemerlang dalam ibadah, cemerlang dalam dakwah, cemerlang dalam akhlak dan cemerlang dalam tarbiyah Imaniyah.Tiada pemisah di antara kesemuanya. Luruskan kembali kefahaman kita tentang tanggungjawab sebagai pendakwah muda dan tanggungjawab sebagai mahasiswa rabbani. Ubatilah hati dengan Firman Allah SWT: 
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]
Bangkit dari kesilapan 
Kepada sababat dan akhwat yang diuji oleh Allah SWT dengan kelesuan akademik kerana kesibukan dengan dakwah kampus, kita harus segera memperbetulkan keseimbangan kehidupan kita. Masih belum terlambat untuk membangunkan kembali motivasi belajar. Ayuh, mari mulakan dengan langkah positif, langkah orang-orang yang hebat dan luarbiasa. Sejarah orang yang hebat dan luar biasa bermula dengan bangkit dari kelemahan dan kesilapan. Jangan persoal dan bimbang sebesar mana masalah dan kegagalan yang sedang kita hadapi, sebaliknya yang perlu kita bimbangkan, sudahkah kita bangkit dari ujian tersebut.
 Kata-kata hikmah ada berbunyi: 
"Kita tidak upaya mengubah keadaan, tetapi kita mampu mengubah sikap kita menghadapinya. Kita tidak upaya mengubah arah angin, tetapi kita mampu mengubah arah sayap kita"
Aktif dalam berpersatuan tidak salah. Yang silapnya adalah bagaimana kita mengurus diri kita. Kepada yang aktif dengan dakwah kampus, anda telah berjaya membangunkan potensi diri anda dari seorang mahasiswa biasa kepada mahasiswa berjiwa pemimpin. Di atas pundak bahu anda sudah terpikul ”kerja tambah”, memastikan anda cemerlang akademik dan dalam masa yang sama memikul mas’uliyyah (tanggungjawab) kepimpinan mahasiswa. Bertambah besar lagi tugas anda, sekiranya keaktifan anda dengan organisasi kampus adalah dalam rangka melaksanakan tanggungjawab dakwah ilallah. Namun awas, jangan jadikan alasan demi dakwah Islam, maka akademik kita korbankan. Itu adalah pandangan songsang dan terkebelakang. Ingatlah jangan hanya disebabkan kesilapan kita dan kesalahan diri kita sendiri yang tidak pandai membahagikan dan mengimbangi masa, maka terjadinya fitnah pada gerakan dakwah...
Mulakan perubahan atas desakan Iman, dan jangan malu untuk memperbetulkan langkah semangat kita pada paksinya yang sebenar. Iman adalah kekuatan yang menggerakkan setiap mukmin. Iman yang menghadirkan kemenangan pasti akan melonjakan kita untuk sentiasa berfikir dan berfikir untuk bekerja dan bekerja, merangka strategi untuk cemerlang akademik, bijaksana dalam berdakwah dan sentiasa istiqamah dengan program tarbiyah. 

Saturday 14 April 2012

PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Ulasan Ustaz Zaharuddin.


PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Halal atau Haram

undefinedundefined

Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.
Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.

Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.
Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.
Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.

UJRAH
Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil(agency) seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.
Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?
Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.

YANG BERBEZA
Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :
Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik

Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-
Upah = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
= RM 2,100

Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 =RM23,100
Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.

APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA
Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.
Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.
Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.

Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.
Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.
Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-

Ujrah Actual Administrative Expenses During The Year x 100
Average Asset During The Year
Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :
Average asset = A1 A2
2

Nota Keterangan
A 1 : Total asset at beginning of the period
A 2 : Total Asset at the end of the period
Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.

KESIMPULAN
Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
16 Sha'ban 1430 H
08 Ogos 2009

Thursday 5 April 2012

BELAJAR JADI CEMERLANG : BELAJAR BERSAMA HASSAN AL-BANNA


Di sertakan satu paparan kisah seorang pelajar, pemuda dan pendakwah yang hebat.

Kesungguhan, kegigihan dan kejelasan matlamat mengundang banyak pertolongan dari Allah. Antaranya:
Dalam kitab Ahdats Shana’at-Tarikh Imam Al Banna bercerita:
Di malam ujian itu beliau melakukan solat tahajjud seperti biasanya, dan memohon serta mengadu kepada Allah swt. 
Dalam do’anya beliau berkata:
 “Ya Allah! Sesungguhnya Engkau tahu betapa rindunya diriku kepada ilmu dan betapa cintaku kepada-Mu, tapi Engkau juga tahu betapa sibuknya diriku dalam mencari ma’isyah untuk mempertahankan hidup di kota ini, berilah jalan keluar bagiku”.

Beliau akhirnya tertidur malam itu dan bermimpi kedatangan seseorang yang membawa buku dan membuka-buka buku itu dan dia turut membuka dan membacanya. Ketika ujian tiba, ternyata apa yang dia baca dalam mimpi itulah yang diujikan esok harinya.

Beliau lulus dan mendapatkan nilai istimewa. Ini juga salah satu tanda bahawa beliau termasuk seorang yang Muhaddats, Mulham kebersihan kebersihan dan ketaqwaannya, insya Allah.
Beliau selanjutnya belajar di Darul ‘Ulum dengan lancar. Selain mencintai Al Qur’an dan As-Sunnah, beliau juga menyenangi syair-syair Arab. Setiap mendapatkan syair beliau mencatatnya hingga buku-bukunya tentang syair berlonggok.

Ketika ujian kelulusan dari Darul ‘Ulum, semasa ujian lisan, beliau bawa buku-buku itu. Salah satu dari dua orang penguji bertanya tentang apa yang dihafalnya dari syair-syair itu. Dia menjawab: “Semuanya aku hafal”. Yang satunya lagi bertanya: “Bait mana yang paling engkau senangi dari syair-syair itu? Al Banna mengatakan: “Bait Syair yang diucapkan oleh Thorfah bin Al ‘Abd, salah seorang penyair di zaman jahiliyyah.

إِذَا الْقَوْمُ قَالُوْا مَنْ فَتَى؟ خِلْتُ أَنَّنِيْ عُنِيْتُ فَلَمْ أَكْسَلْ وَلَمْ أَتَبَلَّدِ
Bila orang bertanya : “Siapa pemuda? Saya membayangkan akulah yang dimaksud, kerananya saya tidak bermalas-malas dan tidak membodohi diri.
Mendengar jawaban itu, pemeriksa mengatakan: “Wahai anakku, dengan demikian aku nyatakan engkau lulus dari Darul ‘Ulum, dan yang memiliki jawaban seperti ini hanya engkau dan ustadz Muhammad Abduh. Aku melihat bahawa engkau akan memiliki masa depan yang gemilang”.

MasyaALLAH, semoga menjadi inspirasi kpd kita semua. Dengan pengurusan masa, perancangan kerja dan tugas yg baik, semangat jihad utk menegakan Deen Islam, InsyAllah kejayaan milik bersama. Pemuda cemerlang diatas akhirnya memimpin satu orginasasi yg seumpama telah dilaksanakan oleh Rasululullah SAW dlm semua aspek, tarbiyah,dakwah, ukhuwwah, jihad dllnya sebagaimana Allah kehendaki. Dan pemuda ini mulakan kerja-kerja dakwah dan tarbiahnya seawal umur 14 dan akhirnya syahid diatas jalan yg murni.

Wallahu’alam
(Aku dan Al-Ikhwan Al-Muslimun)

Monday 19 March 2012

KAMBING GURUN 'BERTANDUK' PANJANG : TRAGEDI ORANG LEMAH

Iktibar penting dari kisah dongeng dahulu kala...

Hari ini saya nak kongsikan satu kisah yang sangat menarik buat sahabat-sahabat . Artikel ini ada dimuatkan  dalam buku 'NOTA FIKIR untuk ZIKIR' oleh Pahrol Mohd Juoi. Walaupun cerita ini mungkin satu cerita yang dianggap hanya sesuai untuk kanak-kanak namun pengajaran penting daripada cerita ini tak ramai yang dapat mengambilnya.. Jom kita ikuti bersama...

Seekor  kambing gurun tiba-tiba dikejar oleh seekor harimau. Dengan pantas kambing memecut dan lari mendaki bukit yang berhampiran. Kepantasannya tidak dapat ditandingi oleh harimau yang akhirnya tertinggal di bawah bukit. Namun harimau tidak putus asa, ia terus menunggu di bawah dengan harapan kambing itu akan turun juga akhirnya.

Harimau terus menunggu, dan kambing terus pada kedudukannya di atas bukit. Masing-masing menanti siapakah yang akan mengalah. Sejak pagi kedua-duanya menunggu hinggalah tiba waktu tengah hari dan matahari mula condong ke barat. Pada waktu itu bayang-bayang kambing yang di atas bukit mula tertayang di atas muka bumi.

Mata harimau terus merenung kambing, manakala kambing merenung bayang-bayangnya sendiri. Kambing semakin hairan apabila melihat bayang-bayang tanduknya semakin lama semakin panjang. Ia menyangka sesuatu 'keluarbiasaan' sedang berlaku pada dirinya yang mana tanduknya telah menjadi semakin panjang dan tajam. Dalam diam-diam timbul rasa kagum dan hebat pada diri sendiri. Ia rasa semakin kuat, yakin dan mampu untuk berdepan dengan harimau dengan tanduk barunya itu.

Tanpa berfikir panjang, kambing pun melompat turun untuk berlawan dengan harimau. Apalagi, 'pucuk dicita ulam mendatang', harimau pun menerkam dan mencengkam leher si kambing. kambing menjerit kesakitan dan akhirnya mati dalam keadaan terkejut kerana 'kekuatan' yang dimilikinya rupa-rupanya tidak ada.........

Begitulah kisahnya...I'Allah pada masa akan datang, akan ana sampaikan apakah pengajaran terpenting pada cerita ini...sebuah pengajaran yang perlu di jadikan tauladan terutamanya buat insan yang bergelar pimpinan...

wasalam-

Monday 5 March 2012

BICARA HATI
Apabila hati mula rindu...

Tatkala menjelangnya bulan March,
Hati terus dan seringkali terhidu,
Pada sebuah memori silam,
Yang menggamit seribu kenangan,
Bayangan kenangan sepanjang bersama-sama,
Sentiasa menari-nari di hadapan mata,
Sebuah kenangan yang tak kan pernah terpadam dalam diari kehidupan,
Sebuah diari yang sentiasa terbalut kemas dan ditatap saban hari,
Seringkali hati cuba untuk melupakan,
Ingin memadam memori itu,
Namun tak kan pernah berkesan..
Betapa pedih dan peritnya rasa,
Hari demi hari terus berlalu,
Menanggung rindu pada seorang insan yang pernah bertahta di hati,
Yang telah menjadi kekasih hati,
Yang telah terukir namanya dengan sulaman emas,
SubhanaAllah..indahnya sebuah persahabatan,
Yang terjalin atas nama Allah,
Bertemu dan berpisah keranaNya,
Sehingga tak dapat diungkap dengan kata-kata,
Lalu sebuah kerinduan itu,
Telah bertukar RINDU dan CINTA pada yang Teragung..
Segala keperitan itu telah bertukar kepada sebuah kenikmatan,
Sebuah kenikmatan yang tak terucap..
Membuatkan hati terus di buai dan di ulit dalam keRINDUAN dan keCINTAAN padaNya,
Seringkali hati bermonolog sendirian,
Masih ingin meminta untuk dipertemukan,
Kerna itulah fitrahnya manusia,
Lalu hadirnya mimpi,
Membawa aku bersamamu,
Berpegangan tangan menuju ke sebuah destinasi,
Yang dikelilingi dengan taman hijau dan tasik,
SubhanaAllah..cukup indah,
Lalu ku bersujud di hadapan Ya Rabbul I'zzati..
Sujud dan terus bersujud dengan penuh kesyukuran,
Memohon dan menagih simpati,
Agar satu saat aku dapat bersamamu di sana...
Dan kau pasti akan menungguku,
Dan terus memohon agar CINTA dan RINDU ini cukuplah hanya untukMu..
Tuhan Yang Maha Berkuasa,
Maha Pengasih dan Penyayang..