Friday 10 February 2012

HEBATNYA IMAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA
( 12/2/1949 - beliau menemui syahid)

Imam Hassan Al-Banna bukan hanya pemimpin Jemaah Ikhwanul Muslimin.Jika beliau hanya seorang pemimpin jemaah,maka dia pasti akan diganti dengan pemimpin yang lain.Tetapi,hubungannya yang rapat dengan para pendokong dakwahnya adalah umpama hubungan seorang guru dengan muridnya dalam cara pemikiran, seperti hubungan seorang Syeikh dengan anak buahnya dalam pembinaan ruhiyah, hubungan seorang ayah dengan anaknya dalam emosi, hubungan  seorang pemimpin dengan kakitangannya dalam sebuah organisasi.

Dialah yang telah menyemai benih dan menjaganya hingga benih itu tumbuh subur,membesar,lebat,akarnya membenam ke dalam tanah dan batangnya menjulang ke langit. Jika Allah mengizinkannya untuk terus hidup,pasti beliau akan dapat menyaksikan pohon itu berbuah dengan izin Tuhannya.

Peribadi Hassan Al-Banna adalah satu peribadi yang sukar ditemui. Beliau mampu membangkitkan semangat umat ketika mereka lemah,membangunkan umat dari tidurnya,bersuara dari kebisuan,menggerakkannya dari kebekuaan dan menyedarkannya dari diam. Setelah keruntuhan khilafah Islamiyah, umat Islam telah berpecah belah dan hilang harga diri. Itulah zaman yang diungkap oleh Rasulullah dalam sebuah hadis, laksana "buih di lautan". 

Walaupun bilangan umat Islam ramai tetapi mereka tidak berkualiti. Itulah BUIH. Biasanya BUIH di lautan hanya akan membawa sampah,kayu,daun,kertas,kotoran dan sebagainya yang tidak ada nilainya. BUIH membawa objek-objek itu tanpa arah dan tujuan yang jelas. Objek-objek itu terumbang-ambing tidak menentu. Itulah umat Islam apabila telah menjadi umpama BUIH. Kehidupannya tidak bernilai.Walaupun mereka bersama, ia tetap tidak membawa erti kerana mereka hidup terumbang-ambing tanpa arah tujuan. 

Ketika itulah Imam Hassan Al-Banna muncul.Beliau menghembuskan angin dari roh dan jiwanya kepada umat ini agar bangkit. Beliau siram pohon umat ini dengan darahnya agar ia tumbuh dan membesar.

Beliau tidak sempat untuk mengarang atau menulis buku ilmiah yang besar. Tetapi beliau TELAH MENCETAK RIBUAN TOKOH BESAR YANG MENGISI DUNIA DENGAN BUKU-BUKU DAN ILMU YANG BERMANFAAT.Cukuplah ribuan tokoh yang dicetak itu telah memenuhi seluruh pelusuk dunia. Cukuplah dakwah menyeluruh yang disampaikannya tersebar ke setiap penjuru Timur dan Barat, Utara dan Selatan!!! Cukuplah nama baik yang ditinggalkannya telah menambah usianya seolah-olah beliau memiliki usia yang panjang...
Al-Fatihah...
(petikan daripada buku AKU DAN AL-IKHWANUL MUSLIMUN karangan Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi m/s 87-90)