Friday 30 September 2011

SECEBIS NOTA KEHIDUPAN...


Sahabat…. Ingin ku kongsi sedikit perjalanan hidup yang pernah di lalui sepanjang hidupku menuju allah yang satu. Ambilllah wahai sahabatku andainya cerita ini bisa membuatkan dirimu makin dekat kepadanya dan bersemangat untuk terus memburu cintanya namun abaikanlah cerita ini andainya ada atau timbulnya keraguan di hatimu kerna niatku ikhlas ingin berkongsi satu pengalaman dan cerita kehidupan agar kita sama-sama dapat menuju cintanya dan dia  terharu melihat keikhlasan kita dalam usaha untuk terus mendamba cintanya. Saban hari ku tidak dapat melelapkan mata namun terpaksa ku paksa mata ini untuk tetap tidur agar ia bisa ubtuk bangun pada malamnya meghadap tuhan yang esa. Berakhirnya satu tahap untuk ku terus memburu kejayaan. Selama 3 tahun juga ku habiskan masa dan waktu untuk menuntut dan mencari ilmu di bumi yang penuh dengan barakah. Tatkala tamatnya berada di tahap ini aku telah pun menghabiskan masa selama 3 bulan di rumah. Selama 3 bulan jugalah ku cuba mengambil masa ini untuk memuhasabah diriku.  Lalu aku temui dan memori ini mengingati kembali satu persatu rahmat yang telah dikurniakan allah yang sebenarnya tidak pernah ku sedari selama ini. Setelah mengingatinya semula ku temui sesuatu yang terlalu bahagia dan nikmat iaitu rahmay allah. Rahmat allah yang makin menguatkan dan mengujuhkan lagi cintaku kepadanya. Lalu kisah silam terungkai………….sewaktu aku di bangku sekolah rendah ayah menghantarku ke sekolah. Saban hari ayah lah yang akan mengambil dan menghantarku apabila abang pulang lewat dan sebagainya. Pada satu hari, sewaktu ayah membawaku pulang daripada sekolah aku dan ayah kemalangan dengan seorang pelajar yang juga baru pulang daripada sekolah. Sewaktu jatuh aku tidak lagi ingat apa-apa. Apabila sedar aku dah berada di atas jalan. Melihat kelibat ayah yang seperti sedang mencari aku. Lalu dia menghampiri aku dan membangunkan aku. Alhamdulillah allah masih melindungi kami meskipun aku lihat pada waktu itu kaki dan tangan ayah terus mengalir darah. Ayah luka-luka dan cedera teruk.banyak darah yang keluar. Datang seorang pak cik kepadaku, adik….dik ada luka-luka tak. Kalau ada boleh kita pergi hospital. Namun waktu itu aku hanya menggeleng. Ku lihat luka ku tak separah ayah. Hanya sedikit darah yang mengalir di siku mungkin akibat bergeser di jalan. Sakit tak terasa langsung. Cuma pedih aja. Pelajar itu terus pulang kerumahnya kerana takut dan dia tidak cedera apa-apa. Lalu dengan hati yang kental ayah tetap membawa ku pulang ke rumah menaikki motosikal dengan darah dan cedera. Sampai di rumah mak terkejut sangat/ lalu di cepat-cepat ambil ubat dan sapukan pada luka-luka ayah dan aku. Dalam keadaan diri yang masih mentah dan budak-budak aku masih tidak dapat  mengambil iktibar daripadanya. Usia semakin meningkat lalu kaki terus melangkah meneruskan perjuangan ke sekolah menengah. Sewaktu di sekolah menengah aku tinggal di asrama bermula daripada tingkatan 1-3. Sewaktu di sekolah menengah sekali lagi allah mengujiku dengan tragis kemalangan. Namun kali ini bukan aku yang mengalaminya tetapi sahabatku. Sahabat sekolah rendah yang sama-sama pergi ke kelas tuisyen di sekolah india dan teman bermain. Dialah sahabat yang mula mengajar aku untuk bergaul dengan kaum india. Namun nasib tidak menyebelahinya apabila allah telah mengambilnya melalui satu kemalangan setelah pulang daripada sekolah. Dia terlibat dalam satu kemalangan antara motor dengan trekta ( lori kelapa sawit). Ternyata allah lebih menyayanginya. Aku tidak dapat pulang kerana berada di asrama dan berita kematiannya lewat diketahui. Sedih mula terasa saat itu …. Namun hari demi hari perasaan itu dapat ku atasi dengan berkat kekuatan daripada allah..mungkin juga aku kurang merasai pemegiaanya kerana semenjak di sekolah menengah kami mula jarang berhubung. Cuma sekali sekala bila terserempak. Mungkin juga kerana aku banyak menghabiskan masa di asrama sedangkan dia tinggal di rumah. Mungkin juga kerana ukhwah persahabatan yang terjalin pada waktu itu dalam keadaan masing-masing masih belum memahami erti sebuah persahabatan dan ukhwah yang sebenar. Dan yang paling penting kefahaman yang jelas ukhwah kerana allah. Meskipun hanya kenangan sewaktu sekolah rendah banyak bersama namun kesedihan sebagai seorang sahabat tidak dapat lari daripada fitrah manusia tambahan di waktu seseorang itu baru ingin mengenali dunia. Lalu langkah dan semangat yang ada untuk terus memburu kejayaan ku teruskan lagi. Setelah tamat menghabiskan pengajian di sekolah menengah ku jejaki kaki dengan petunjuk dan hidayah daripada allah ke sebuha institusi pengajian islam. Di hati pada waktu itu aku hanya ingin berada di sebuah ipt islam. Tidak hairanlah kos apa yang akan ditawarkan aku akan terima kerana apa yang aku inginkan adalah mentarbiyah diri menjadi seorang hamba yang terbaik. Aku percaya dan yakin di sinilah tempatnya untukku bermula. Allah telah mentakdirkan aku di sini. Tahun demi tahun ku lalui tarbiyah di bumi barakah ini sehinggalah ke penghujungnya allah berikan ku satu ujian yang hebat ku rasakan. Satu ujian yang tak pernah ku rasakan sebelum ini dan berlainan dengan sebelum-sebelum ini meskipun tragisnya mungkin sama. Sepanjang 3 tahun allah mentarbiyahku sehingga aku menhenali erti ukhwah sebenar. Erti sebuah perjuangan dan ellah telah mengizinkan aku untuk terus mengukuhkan cintaku padanya. Bermula di satu petang yang terasa dingin, sewaktu pulang daripada kampus ingin menuju ke asrama dengan semangat yang penuh untuk menghadapi mid-tem pada malamnya, aku bersama sahabatku terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan kematiaan. Sahabatku pergi buat selama-lamanya dan mengalami cedera parah sedangkan aku hanya mengalami sedikit luka di pergelangan tangan akibat geseran di atas jalan raya. Subhanallah hanya allah yang mengetahui segala yangtersirat. Rasa syukur di hati tidak henti-henti ku panjatkan. Ci rumah mak dan tok menangis bersyukur kerana aku terselamat. Namun allah telah tinggalkan untukku ujian yang hebat untuk ku tempuhi dengan kehilangan orang tersayang. Sahabat yang sentiasa di sisi sewaktu aku sakit, suka dan duka. Sahabat yang telah bersma-samaku memperjuangkan agama allah. Kalau dulu mungkin aku tidak dapat merasai nikmatnya ukhwah namun kini aku telah merasai betapa nikmat dan berharganya sebuah khwah yang terjalin atas nama allah. Sukar untuk di ungkap dengan kata-kata melainkan merasainya sendiri. Satu niknat yabg tak terkata rasanya…..apa yang lebih menusuk adalah suapan terakhirnya dan apabila ada seorang pensyarah yang masih tidak dapat menerima bahawa dia telah pergi selamanya. Namun waktu ini, ku kuatkan hati untuk menenangkan guru ini dan menasihatinya agar meredhainya. Alhamdulillah guruku ini dapat menerimanya, pemeriksaan terakhir doktor di hadapanku itulah yang paling tidak dapat dilupakan…namun ku akur segala kehendak tuhan kerba sesungguhnya segala yang diberikan ini hanyalah pinjaman. Dia berkuasa untuk mengambilnya kembali. Alhamdulillah..satu kekuatan yang luar biasa dapat ku rasakan. Diriku tidak langsung berasa sakit sepanjang kemalangan itu dan luka ku juga cepat sembuh. Subhanallah…aku makin terasa nikmat dan rahmatnya. Netapa dia berkuasa melindungi dan memelihara hamba-hambanya. Mungkin juga kerana allah ingin aku memperhebatkan lagi ketaatan dan cintaku kepadanya. Ya allah andai itu yang kau ingin kan diri ini akan terus berusaha sehinggalah ke akhirnya meskipun ujian hebatmu akan terus bertamu. Selepas  itu aku fikir aku dapat menenangkan diriku dalam beberapa minggu sebelum menhadapi exam last year. Tekaan ku silap.allah maha berkuasa atas segala-galanya. Selemas seminggu pemergian arwah dalam keadaan yang masih mengubat hati aku membuka fb. Ingin membaca apa maklumat yang ada. Namun secara tidak sengaja aku telah terchatting dengan seorang kakak di mesir. Kakak ini yang sentiasa mengikuti perkembangan peristiwa kemalangan tersebut telah memperkenalkan aku dengan seorang adik biliknya yang nama dan wajahnya sama macam arwah. Nama adik ini seperti nama adik arwah dan binnya pun sama macam ayah arwah. Masya allah…allah itu maha hebat. Di hati ku mula meerasa gembira. Kataku pada kakak ini subhanaallah kak mungkin allah bagi ana pengganti dan pengubat rindu. Aku dan adik ini berkenalan dan dia ada menhantar satu pesanan dalam inbox fb ku nama penuhnya dan satu mutiara kata buatku. Masyaallah di hati tidak putus-putus mengucap syukur dan terlalu gembira dengan perkenalan ini. Ku yakin inilah takdir daripada allah. Namun selang beberapa hari daripada perkenalan itu, aku dikejutkan dengan berita pemergiannya. Adik ini juga telah terlibat dalam satu kemalangan di mesir. Pada mulanya ku anngap kakak ini hanya bergurau namun melihat pada ketegasannya aku akur..dan percaya. Apa yang paling membuatkan ku terharu adalah hanya dengan beberapa kali kami chat dia telah menghadiahkan aku sehelai jubah hitam dan satu bookmark yang tertulis atasnya kata-kata indah. Jubah itam adalah jubah yang aku inginkan namun tak dapat nak membeli kerana kekurangan kewangan. Tak sangka allah telah menghadiahkan untukku dengan cara dan melalui sahabatku ini. Subhanallah…lailahaillaallah…ya allah sesungguhnya apa yang berlaku tidak pernah mengurangkan rasa cintaku padamu malah makin menguatkan aku untuk terus memburu cintamu. Sesungguhnya ya allah hidup dan matiku hanya untukmu. Hatiku ini tidak akan berhenti untuk terus mengingatimu. Sahabat…begitulah sedikit sebanyak yang dapat ana kongsikan. Moga-moga ada manfaat daripadanya. Ayuhlah sahabat kita terus memburu cinta allah dan berusaha untuk menjadi orang yang hebat di sisi allah bukan di sisi manusia. .. Kelak kita akan perolehi rahmat  yang melimpah ruah daripadanya. Sesungguhnya tiap kehidupan manusia itu tidak lari daripada di uji. Sama-samalah kita tempuhi setiap ujian yangdatang dengan penuh ketabahan namun andainya engkau telah melepasi sesuatu ujian itu janganlah engkau menyangka bahawa engkau telah berjaya menempuhi ujian itu kerna kita tidak tahu apakah nilaian allah untuk kita dan mungkin aja akan datang ujian yang lebih hebat di hadapan. Bersiap sedialah menghadapinya kerana bukanlah dikatakan seseorang itu berjuang andainya tiada halangan dalam perjalanan perjuangan atau hidupnya itu…ayuh bersama kita kukuhkan dan mantapkan iman. Percaya dan yakinlah tanpa rasa was-was pada setiap ketentuan allah. Keyakinan kepada allah adalah segala ubat yang dapat menyembuhkan segala penyakit dan ujian termasuk kematiaan. Namun yang dikatakan ubat bagi kematiaan itu bukan ubat untuk menghidupkan orang yang mati tetapi ubat untuk menghidupkan kembali hati-hati yang telah mati dan tersungkur….Namun ujian yang menimpa umat Muhammad itu hanya sedikit berbanding ujian yang menimpa Nabi Muhammad S.A.W...



PUTIH DAN HIJAU BUKAN HANYA WARNA PAS


Kuasa Hijau Putih

Seperti yang kita ketahui apabila sebut sahaja warna putih dan hijau, pasti ramai yang membayangkan ia adalah warna pas. Namun di sini, ingin ana cuba untuk menggarapkan beberapa kaitan antara warna ini dalam kehidupan kita. Selain daripada manusia yang boleh kita jadikan ia sebagai inspirasi hidup, warna juga adalah salah satu aspek yang tidak ketinggalan. Cuba sahabat-sahabat kita jadikan warna putih dan hijau ini sebagai warna inspirasi hidup dan matlmat yang harus kita capai. Bagaimana caranya ????
Mudah sahabat-sahabat..pertama sekali mengapa ana letakkan warna putih dahulu sebelum warna hijau???. Ini kerana warna putih adalah warna yang paling suci. Di mana warna ini kita boleh letakkan sebagai satu usaha yang kita rebut untuk dapatkannya. Dalam kehidupan seorang mukmin itu perlu ada kesucian hati. Tambahan dalam hidup seorang pejuang agama. Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai kemaksiatan. Namun kita perlu melihat sejauh mana kita mampu untuk menghadapi dan mengelaknya. Cuba kita tanamkan dalam “mind set” kita hati kita harus putih seperti warna putih ini. Apabila mind  set  telah ditanamkan  dalam minda, perbuatan haruslah selari dengan apa yang ditanamkan. Apabila mind set telah ditanam, maka hati akan berusaha menyakinkan setiap perbuatan dan setiap perbuatan pasti dilahirkan dari dalam hati. Hati akan takut melihat maksiat. Hati akan takut untuk melakukan maksiat. Hati akan takut untuk membuat perkara-perkara yang tidak baik. Maka hati ini akan terus tunduk dan patuh pada perintah Allah. Sedar atau tidak warna putih ini mampu mentarbiyah kita..Hati juga akan sentiasa tenang dalam setiap keadaan dan sentiasa bersemangat dalam meneruskan gerak kerja. Warna putih hanya berkaitan dengan sesuatu yang positif. Warna putih hanya boleh di kaitkan dengan perkara yang baik…Demikian lah kehebatan yang ada pada warna putih. Warna yang paling di sukai Nabi S.A.W. Warna yang di sukai Allah. Warna pakaian yang akan kita pakai pada akhirnya kehidupan.
Bagaimana pula dengan warna hijau??? Emm…warna hijau merupakan warna ketenangan. Begitulah yang selalu kita faham dan didefinisikan dalam kajian-kajian dan motivasi-motivasi. Namun, ada perkara yang paling hebat yang harus kita ketahui iaitu syurga yang dijanjikan Allah kepada orang yang beriman. Kalau tadi kita telah letakkan warna putih di dalam hati, cuba pula kita letakkan warna hijau dalam minda dan hati. Warna hijau warna syurga. Setiap mukmin itu pasti ingin mendiami syurga. Sejahat manapun seseorang itu, pasti apabila diberi pilihan syurga atau neraka. Pasti syurga jawapannya. Setiap apa yang kita lakukan dunia dan setiap perjuangan kita menegakkan agama Allah,pasti hanya syurga yang ingin kita dambakan. Cuba kita tanamkan pula setiap hari apabila melihat warna hijau. Syurga…ya syurga idamanku. Aku pasti berusaha untuk melakukan segala-galanya asalkan aku dapat mencapai matlamatku ingin mendiami syurga.
Begitulah sedikit inspirasi yang boleh kita sama-sama cuba bayangkan. Kalau mungkin sebelum ini apabila kita melihat warna ini hanya sebagai warna tetapi tidak ada apa-apa perasaan, namun cuba kita ubah sedikit selepas ini apabila kita melihat warna ini kita akan bertambah semangat dan kita bayangkan kehebatan warna ini. Lantas kita berusaha melakukan dan mendapatkannya. Alangkah nikmatnya sahabat-sahabat. Walaupun perkara ini hanya mudah dan boleh dipandang remeh namun realitinya ia mampu memberi input yang besar dalam kehidupan kita..jom cuba...selepas daripada ini pasti sesuatu yang kita lakukan akan terasa lebih bermakna dan makin dekat dengan Allah...

Tarbiyahlah dirimu..

Disebalik keheningan malam, di mana insan-insan mula nyenyak dalam keghairahan melayan dan melayari bahtera mimpi namun masih ada insan yang belum dapat melelapkan matanya. Memikirkan nasib diri dan merenungi ummah sekarang.Terlalu penat dan lelah serta nazak.....Hatinya mula berbicara, apakah mungkin diriku ini dapat membantu memulihkan mereka?apakah aku mampu untuk melakukan?apakah diriku telah siap untuk menerima sebarang tarbiyah....belum..diriku belum puas menerima tarbiyah dan aku akan terus berusaha mencari tarbiyah itu.Moga-moga dengan tarbiyah yang diperolehi dapat aku gunakan dan praktikkan.Demi sebuah agama yang tercinta.Namun dalam mengecapi dan ghairah mencari tarbiyah segala ilmu yang diperolehi harus dipraktikkan dahulu agar ia tidak luput dan musnah.

Thursday 29 September 2011

BUATMU REMAJA...

YA ALLAH… TERLALU BANYAK DOSAKU PADAMU KINI AKU TELAH MENCECAH KEUSIA 20 TAHUN SELAMA 20 TAHUN JUGA DOSAKU TERHIMPUN BANYAKNYA YA ALLAH…. AKU POHON KEMPUNAN DARIPADAMU AKU POHON UNTUK KEMBALI KEPADAMU YA ALLAH.. AKU PERCAYA DAN YAKIN MASIH ADA SINAR NUR KEAMPUNANMU UNTUKKU YA ALLAH.. ANDAINYA KAU TAHU BUKAN HATIKU YANG INGIN MELAKUKAN SEGALA KEMAKSIATAN TETAPI IA DATANG DARI BISIKAN-BISIKAN SYAITAN & HASUTAN HAWA NAFSU YANG CUBA UNTUK MENJAUHKAN AKU DARIPADAMU YA ALLAH.. MEREKA TAHU KUATNYA CINTAKU KEPADAMU LANTAS MEREKA PERKUKUHKAN & PERKUATKAN JENTERA UNTUK MENJAUHKAN AKU DAN MENYESATKAN AKU DARI JALAN AGAMAMU YA ALLAH.. DEMI NAMAMU YANG AGUNG TIDAK AKAN KU PERNAH MENINGGALKAN AGAMAMU WALAU APAPUN YANG BERLAKU TAK KAN KU CUBA UNTUK LARI DARI MEDAN MEMPERJUANGKAN AGAMAMU YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI BETAPA SEBELUM INI AKU BERUSAHA UNTUK MENJAUHI SEGALA KEMAKSIATAN BETAPA AKU BERUSAHA UNTUK MENJAGA KESUCIAN HATIKU YA ALLAH.. HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH AKU MERINDUIMU… TERLALU RINDU YA ALLAH AKU CINTAKANMU TERLALU MENCINTAIMU TIDAK PERNAH AKU MERASAI HEBATNYA CINTA MELAINKAN CINTA KEPADAMU YA ALLAH.. KAU BERIKAN AKU SEGALA YANG AKU INGINKAN KAU MAKBULKAN DOAKU TATKALA AKU MEMERLUKAN PERTOLONGANMU YA ALLAH… ENGKAU BERIKAN AKU SEGALA-GALANYA… KEKADANG TATKALA AKU POHON KEKUATAN KAU HADIRKAN DUGAAN YANG HEBAT TATKALA AKU POHON KESABARAN KAU BERIKAN AKU MEHNAH YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA AKU PERCAYA DAN YAKIN PADA SETIAP KETENTUANMU UNTUKKU UJIAN DAN DUGAAN YANG TIDAK HENTI-HENTI YANG KAU DATANGKAN ADALAH UNTUK MENGUJI CINTAKU KEPADAMU INSAN YANG KAU HADIRKAN DAN DAMPINGKAN UNTUKKU ADALAH UJIAN UNTUK MENGUJI KETEGUHAN CINTAKU KEPADAMU YA ALLAH.. TELAH NEKAD HATIKU BIAR APAPUN YANG DATANG ASALNYA DAN WASILAHNYA DARIPADAMU AKU REDHO DAN TERIMANYA DENGAN HATI YANG GEMBIRA KERANA SEMUANYA DEMI CINTAKU KEPADAMU AKU BERSEDIA MENERIMA APA JUA UJIAN DAN DUGAAN YANG DATANG ASALKAN CINTAMU DAPAT KU MILIKKI PASTI AKAN KU BERUSAHA MEMILIKINYA KERNA AKU PERNAH MERASAI MANISNYA NIKMATNYA MENCINTAI DAN MERINDUIMU… YA ALLAH.. TIADA MANUSIA DAPAT MEMAHAMI SEGALA YANG TERSIRAT DIHATIKU MELAINKAN ENGKAU YA ALLAH AKU POHON ANDAINYA KAU INGIN MENGHADIRKAN SEORANG INSAN DALAM HIDUPKU HADIRKANLAH DIA YANG SETIA MENCARI DAN MENDAMBA CINTAMU YANG DAPAT MEMBAWA AKU KEPADA SYURGAMU YANG DAPAT BERSAMA-SAMAKU MEMPERJUANGKAN AGAMAMU YANG DAPAT MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG SANGGUP BERJIHAD DI JALANMU YANG DAPAT MENDIDIK DAN MEMBIMBING DIRIKU DAN ANAK-ANAK YANG DAPAT MEWARISI GENERASI PERJUANGAN RASULLAH YANG DAPAT BERUSAHA MEMELIHARA AGAMAMU YA ALLAH BERIKAN AKU INSAN YANG DAPAT MEMBIMBINGKU YA ALLAH IZINKAN AKU MENERUSKAN PERJUANGANKU MENGEMBALIKAN UMAT MUHAMMAD YANG TELAH HANCUR MENGEMBALIKAN KAUMKU HAWA YANG TELAH TERSASAR YA ALLAH.. SEMUA INI HANYA KEPADAMU AKU MEMOHON HANYA ENGKAU YANG MAMPU MEMBERIKAN NAMUN AKU REDHO ATAS SEGALA KETENTUAN ENGKAU UNTUKKU AKU SEBAGAI HAMBAMU HANYA MAMPU BERDOA DAN BERHARAP DENGAN PENUH YAKIN… 

 Seringkali manusia itu diuji dengan pelbagai dugaan. Sudah termaktub dalam Firman Allah………………………Alam remaja merupakan salah satu alam yang paling kuat ujiannya. Di alam inilah penentu kepada keperibadian seseorang itu. Di alam ini, remaja di uji dengan cinta manusia. Di mana perasaan ingin bercinta dan mengasihi mula membuak-buak dalam setiap hati. Ingin mencari pendamping, teman untuk bercouple dan sebagainya. Remaja yang semakin meningkat ke alam dewasa ini juga menginginkan kebebasan hidup. Mereka tidak suka dikongkong. Seorang remaja itu ingin sekali mencuba sesuatu yang baru. Inilah antara beberapa ujian besar di alam remaja dimana jika tidak bijak mengendalikan dan mengawal kehidupan akan menjadi musnah. Ramai remaja tidak dapat mengawalnya serta terpengaruh dengan kehidupan ini lantas hasilnya dapat kita lihat pada dunia sekarang dimana keruntuhan akhlak remaja semakin mengganas. Sedihnya hati ini bila melihat golongan yang seusia dengan kita terbabit dengan pelbagai masalah sosial di luar sana…Di manakah remaja tika ini jika golongan remaja yang seringkali di sebut-sebut sebagai pewaris bangsa, pewaris agama, pewaris Negara…Namun sebenarnya makin hancur dijajah oleh pemikiran-pemikiran Yahudi. Ayuh sahabat, kembalilah kita menyedari hakikat dan tujuan Allah menciptakan kita. Diciptakan seorang insan itu untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi bukan untuk menjadi perosak di muka bumi. Remaja atau seorang pemuda itu luar biasa kekuatannya. Sahabat-sahabat kita harus sedar dan bangun dari kelalaian, andai sebelum ini kita sering tersilap langkah dan dibuai dengan keseronokkan dan kebebasan hidup yang kita cari. Hari ini kita harus bangun dengan langkah baru meninggalkan segala kelalaian-kelalaian dan kebebasan itu. Bangun untuk memikirkan apakah sumbangan yang perlu kita lakukan dan berikan pada msyarakat, Negara dan yang paling penting adalah untuk agama Islam. Kita sering mendambakan kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia yang fana dengan apa yang kita lakukan, namun sebenarnya kita telah menempah kesengsaraan di akhirat kelak. Kenapa ini terjadi ??? Kerana kita telah mengabaikan perintah Allah dalam mencari keseronokkan dan kebahagiaan di dunia. Percaya atau tidak, boleh atau tidak, mungkin atau keberangkalian kitalah mahasiswa, remaja, pemuda yang Allah ciptakan dan pilih untuk mengubah anak remaja lain kembali ke jalan yang lurus. Sahabat…lakukanlah apa sahaja asalkan ia tidak melanggar perintah Allah. Berseronoklah dengan nikmat Allah asalkan ia tidak melebihi batasan. Bebaslah kemana sahaja kita ingin pergi asalkan tidak mengundang kemurkaan Allah. Hiduplah dengan cara dan apa yang kita ingini asalkan kita tidak melupakan Allah, Pencipta diri kita dan sekalian alam. Kerana Allah tidak sesekali pernah menyekat kebebasan hidup kita malah Dialah Pemberi Nikmat untuk kita menjalani kehidupan. Segala hukum dan laranganNya tidak diciptakan melainkan untuk kebaikkan hambaNya.

BINGKISAN BUATMU MUJAHIDAH....

AKU MENGANGUMIMU KERANA SEMANGAT YANG ADA PADAMU UNTUK MEMBANTU AGAMAMU.. 

Wahai mujahidah, Bila ku lihat semangatmu yang berkobar-kobar Hatiku pun ikut tercabar Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu Kental semangatmu tidak disangsi Tidak mengenal apa erti putus asa Setiap kekurangan cuba kau perbaiki Setiap kelemahan cuba kau atasi Setiap kesilapan cuba kau hadapi Aku bangga melihatmu Seorang mujahidah yang berjuang Demi untuk menolong Tuhanmu Dan menjunjung sunnah Nabimu Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri Usahkan mundur Setapak pun tak mungkin berundur Sucinya hatimu wahai mujahidah Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu Ikhlas kau salurkan untuk-Nya Keyakinanmu untuk mengembalikan Islam kembali Pasti menjadi realiti Hakikat itu pasti terjadi Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian Untuk menatap saat-saat kegemilangan Namun itu bukan penghalang bagimu Perananmu sudah kau laksanakan Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya Berusahalah dan teruslah berusaha Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya Usah disesali harta yang telah kau infakkan Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan Keyakinan terhadap janji Tuhanmu Penawar bagi segala kedukaanmu Syurgalah tempatmu Istanamu teguh berdiri di sana Para anbiya’ dan sahabat teman bicaramu Pakaian indah pembalut tubuhmu Makanlah dan minumlah semahumu Semua untukmu Hanya untukmu Yakinlah wahai mujahidah tercinta

Ku titipkan puisi ini buat para mujahidah yang sentiasa merindui Tuhannya. Buat pembakar semangat untuk kalian terus berjuang di jalan Allah. Percayalah, janji Allah itu benar …………………….pasti kan kau miliki suatu hari. Semangatmu pasti akan memberi kekuatan kepada mereka yang berada di sekelilingmu terutamanya pada Rijal[1] yang masih di dalam buaian selimut. Usah ditakuti pada segala pancaroba yang datang kerana semuanya pasti akan pergi tatkala melihat kuat dan utuhnya imanmu.Siapa kata kaum wanita hanya perlu di rumah menghayun buaian??? siapa kata kaum wanita hanya perlu memasak dan membasuh…cuba kau lihat serikandi-serikandi Islam yang telah terbukti keberaniannya…Khaulah Al-Azwar, Zainab Al-Ghazali dan serikandi-serikandi lain. Wanita bukan kaum yang lemah tetapi ketahuilah mujahidahku, Allah ciptakan kita dengan kekuatan yang tersendiri. Pada mujahidah itu, ada tangisan yang mampu menundukkan kaum Rijal, pada lunak suara itu, ada semangat dan mutiara bernilai,pada lembut tangannya menghayun buaian, ada azimat yang mampu menggoncangkan dunia. Teruskanlah…bakarlah semangatmu. Ingatlah jika ada seorang yang berusaha untuk menjatuhkanmu, seribu di belakangmu akan tetap bersamamu.

Wanita solehah mutiara agama

Wanita,dirimu begitu berharga.Seindahindah hiasan di dunia.Peribadinya terjaga dan terpelihara.Duhai Wanita,dalam kelembutanmu,suburkanlah ketegasan berlandaskan ilmu keredhaan Tuhan. Ketahuilah kalian,rosaknya kamu wanita,membawa seribu satu macm bencana buat dunia.Rosaknya wanita pasti akan meruntuhkan institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara.Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki,boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan...

Kalam hikmah

Sebuah bingkisan yang dikarang oleh Ibnul Khattab ini perlu direnungi bersama..di mana ia mengisahkan perjalanan akhir hidup seorang mujahid yang sangat merindukan syurga... Setitis sahaja racun akan membunuhmu, Membuatmu tidak berdaya melakukan apa-apa, Kehidupan adalah perjuangan, Dan perjuangan akan menyelamatkanmu dari titisan itu, Tetapi kita tetap menuju fana, Maka pilihlah jalan yang paling mulia untuk kematian, Jalan yang membawa kemuliaan ke syurga hakiki, Dan jangan sampai kau mati kerana urusan dunia,
Yang tentu akan melemparkanmu ke neraka.... "Bersiap sedialah kalian sebelum menuju ke negeri abadi...negeri yang akan menentukan keadaan sebenar kalian apakah kebahagiaan atau penyeksaan yang akan diperolehi.....