Wednesday 14 December 2011

Aurat itu mahkota...


Seorang lelaki terpandang aurat wanita, maka tidak berdosalah atas keterpandangan tanpa sengaja itu ,(beristigfarlah) dan berdosalah wanita yang tidak menutup aurat itu terima..(jika seorang)

Dan sekiranya lelaki bukan terpandang,( tetapi memandang), maka... berdosalah dia atas kadar pandangan (yg tidak dijaga) itu terhadap wanita tersebut. Dan dosa wanita yang memperagakan perhiasan kecantikannya kepada lelaki yang memandang (aurat didepan bukan mahram) maka, berkadaran dua kali ganda jugalah yang dia akan terima..(jika seorang)

Dan jika anda mendedahkan aurat semasa anda beraktiviti di luar rumah, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, dan dilihat oleh 400 pasang mata sehari,, Berapa banyak dosa yang anda dapat dalam setahun??

Hayatilah peristiwa yang diceritakan Rasullah kepada puterinya Fatimah dan menantunya Ali Karramallahu wajhah mengenai wanita yang diseret ke neraka apabila baginda ditanya mengenai pengalaman Isra' Mikraj.

=================

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

Tuesday 13 December 2011

Terima kasih ibu..kerana menjadi pembunuhku yang ngeri..

Sebelum kaki melangkah meneruskan tugasan di awal pagi,sempat bertemu dan berbual bersama-sama sekumpulan masyarakat setempat.Sambil memerhatikan gelagat dan tingkah laku manusia...lalu mata tertumpu pada gelagat seorang anak terhadap mak dan ayahnya.

Dipendekkan cerita..datang seorang anak mak cik ni sambil marah-marah kepada maknya.Mintakan kunci motor untuk di naikki.Lalu tanpa banyak bertanya mak cik mengambil kunci dan berikan pada anaknya.Kata mak cik, "inila anak mak cik....mak cik nak bagi dia belajar tapi xnak.mak cik ada duit tapi anak pula xnak belajar..".hmm..keluh pula si ayah perlahan."ni la anak xbertuah"...lalu diam membisu si ayah.Datang anak ini di awal-awal pagi bertemu mak dan ayahnya dalam keadaan marah-marah.Entah apa asbabnya..

Meskipun ini hanya sketsa pendek kehidupan seorang anak remaja yang mungkin dianggap perkara kecil oleh anak-anak muda sekarang namun sebenarnya ini sketsa penting yang perlu dijauhi bagi insan yang bergelar anak.Bagaimana gejala sosial yang semakin nazak tidak berlaku dan ingin di kurangkan seandainya hubungan dengan mak dan ayah telah retak..keberkatan hidup telah hilang..kita tak dapat menerima tarbiyah yang di ajar oleh Allah supaya menghormati mak ayah???....keluar rumah mencari keseronokkan dan hiburan,yang perempuan mencari pasangan lelakinya..dan macam-macam lagi.Apabila terlalu gembira dan nafsu menguasai diri,perintah Allah dah xingat lagi...mak dan ayah dah tenggelam wajah...ya...itulah kebebasan yang seringkali di cari-cari remaja.Katanya "aku remaja,aku anak muda...waktu ni la nak berhibur sepuas-puasnya" nanti dah tua susah..inilah jiwa anak muda yang tiada nur iman.Lantas apa yang berlaku???




Buang bayi di merata tempat...dalam kotak di tempat pembuangan sampah...







Buang bayi di padang-padang rumput seperti buang tin minuman selepas minum...













Bayi-bayi yang dilahirkan tanpa dosa ini ditindih dan diheret dengan kereta saperti mengheret plastik..Umpama ayam dan kucing yang ditindih...








Ya...itulah ibuku..ibu yang aku kasihi. Terima kasih ibu..kerana berikan aku kebahagiaan pada penderitaan ini. Kebahagiaan yang tidak ternilai harganya.






Sedangkan sewaktu kau dilahirkan, ibumu sentiasa membelaimu...dengan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi...
ibuku,kau dapat tersenyum indah dan tidur nyenyak sewaktu kecilmu...dipakaikan dengan pakaian yang baru...
Namun...kenapa saat aku dilahirkan kau tidak membelaiku seperti mana belaian yang kau dapat dahulu...
Malah kau sanggup buangku..kau tidak berikan ku pakaian..
Kau tidurkan aku di tepi-tepi jalan,di dalam mangkuk tandas,di dalam tong sampah....
Sedangkan dahulu kau tidur nyenyak di dalam buaian...Kau tidur nyenyak di atas tilam empuk...

Apakah kau tidak berasa apa2???? Tidakkah terdetik di hati mu wahai ibuku aku anakmu??? Mengapa kau sanggup menjadi pembunuh yang mengerikan??? Apapun ibuku...kau tetap ibuku..Terima kasih kerana telah berikan aku kehidupan yang bahagia di negeriku abadi...

IBUKU....INGATLAH FIRMAN ALLAH....




SURAH AL-AN'AM (AYAT 151) :-
Katakanlah (Muhammad),"Marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu.Jangan mempersekutukanNya dengan apapun,berbuat baik kepada Ibu bapa,JANGANLAH MEMBUNUH ANAK-ANAKMU kerana miskin.Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; janganlah kamu MENDEKATI PERBUATAN YANG KEJI, BAIK YANG TERLIHAT ATAUPUN YANG TERSEMBUNYI,JANGANLAH KAMU MEMBUNUH ORANG YANG DIHARAMKAN ALLAH kecuali dengan alasan yang benar.Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengerti.






Thursday 8 December 2011

Tazkirah ringkas : Titik-titik Dosa

Diambil daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zainul Asri
KISAH ABU TALIB YANG TIDAK MENERIMA HIDAYAH ALLAH 

Dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 6-7 :
Sesungguhnya orang-orang kafir,sama saja bagi mereka,engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan,mereka tidak akan beriman.[6]

Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka,penglihatan mereka telah tertutup dan mereka akan mendapat azab yang berat.[7]

Dalam surah ini Allah telah menjelaskan bahawa bagi orang-orang kafir itu telah tertutup pintu kebenarannya untuk mereka.Orang yang kafir ini samada diberi peringatan atau tidak sama sahaja.

Orang-orang seperti ini Allah telah mencatat dan menulis "celaka" sejak azali. Mereka ini akan tetap celaka dan tidak boleh menerima petunjuk daripada orang lain.

Kisah Abu Talib : merupakan seorang bapa saudara Nabi yang sentiasa mempertahankan Nabi walau dalam apa jua keadaan terutamanya sewaktu baginda menerima ancaman-ancaman daripada musuh. Nabi Muhammad terlalu menyayanginya dan mengasihinya. Nabi telah berusaha habis-habisan untuk membawa Abu Talib memasuki Islam kerana sokongan kuat yang telah diberikan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Namun pada akhir hayat Abu Talib, Nabi Muhammad S.A.W meminta agar bapa saudaranya itu mengucap dua kalimah syahadah tetapi ditolak Abu Talib dengan alasan jika dia memeluk Islam orang-orang Quraish akan terus mengancam dan membunuh baginda. Sedangkan jika beliau tidak memeluk Islam pun Nabi tetap akan menerima ancaman daripada musuh. Sehinggalah pada akhir kematiaanya Abu Talib tetap tidak mengucap dan memeluk Islam.

Lalu Allah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W mafhumnya : Engkau tidak boleh memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi tetapi Allah lah yang berkuasa untuk memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya....

Begitulah nasib Abu Talib meski sebaik dan sehebat manapun pengorbanan beliau terhadap Rasulullah namun andai telah tercatat sejak azali bahawa beliau tidak akan menerima hidayah maka tiada sesiapa dapat membantunya hatta Rasulullah sendiri.

Begitu jualah dengan kehidupan kita, meskipun dia adalah seorang insan yang dilahirkan dalam Islam lalu membesar menjadi seorang manusia...samada menjadi manusia yang berguna atau tidak kita tidak mampu menentukannya dan menetapkannya. Kita hanya mampu membimbing, menasihati dan sebagainya Namun kuasa Allah jua untuk memberi hidayah padanya...

Monday 5 December 2011

Tazkirah ringkas : Nilai Takbirratul ihram

Dipetik daripada ceramah yang pernah disampaikan oleh Syeikh Nuruddin...

Rasulullah S.A.W pernah bersabda " Nilai takbirratul ihram itu lebih bernilai daripada seluruh dunia dan isi-isinya".

Abd Rahman ibnu Auf seorang hartawan pada zaman Rasulullah. Beliau tidak pernah meninggalkan solat jemaah. Namun pada suatu hari disebabkan kesibukannya menguruskan bisnes beliau telah tertinggal solat jemaah. Beliau berasa sangat sedih dan resah lalu bertanya kepada Rasulullah " Ya Rasulullah, apakah yang boleh dapat menggantikan takbirratul ihram yang pertama?
"Kalau seandainya kesemua keuntungan yang aku perolehi daripada bisnes ini kiranya apakah dapat ku gantikan dengan takbirratul ihram?

"Kalau semua bisnes ini dan jaringan-jaringannya ku sedekahkan kerana Allah apakah setara nilainya"?

Jawab Rasulullah : "Tidak.....bagaimana kau dapat menebusnya sedangkan nilai takbirratul ihram itu lebih bernilai daripada dunia dan isi-isinya.

*Disini dapat kita lihat betapa pentingnya,berharga dan bernilainya solat jemaah. Namun solat jemaah yang dimaksudkan adalah solat dimana makmumnya sempat membaca Al-Fatihah bersama imam pada rakaat pertama bukan makmum masbu'. 

Ya..mungkin sukar untuk kita melaksanakannya dalam kesibukkan kita dengan pelbagai tugasan harian namun itu bukan alasan dan bukan satu perkara yang mustahil andai kita dapat melakukannya..

Saturday 3 December 2011

Salam perubahan..zaman keemasan remaja

MENJADI REMAJA ISLAM YANG HEBAT...


Seringkali manusia itu diuji dengan pelbagai dugaan. Sudah termaktub dalam Firman Allah.Alam remaja merupakan salah satu alam yang paling kuat ujiannya. Di alam inilah penentu kepada keperibadian seseorang itu. Di alam ini, remaja di uji dengan cinta manusia. Di mana perasaan ingin bercinta dan mengasihi mula membuak-buak dalam setiap hati. Ingin mencari pendamping, teman untuk bercouple dan sebagainya. Remaja yang semakin meningkat  ke alam dewasa ini juga menginginkan kebebasan hidup. Mereka tidak  suka dikongkong. Seorang remaja itu ingin sekali mencuba sesuatu yang baru. Inilah antara beberapa ujian besar di alam remaja dimana jika tidak bijak mengendalikan dan mengawal kehidupan akan menjadi musnah. Ramai remaja tidak dapat mengawalnya serta terpengaruh dengan kehidupan ini lantas hasilnya dapat kita lihat pada dunia sekarang dimana keruntuhan akhlak remaja semakin mengganas. Sedihnya hati ini bila melihat golongan yang seusia dengan kita terbabit dengan pelbagai masalah sosial di luar sana…Di manakah remaja tika ini jika golongan remaja yang seringkali di sebut-sebut sebagai pewaris bangsa, pewaris agama, pewaris Negara…Namun sebenarnya makin hancur dijajah oleh pemikiran-pemikiran Yahudi. Ayuh sahabat, kembalilah kita menyedari hakikat dan tujuan Allah menciptakan kita. Diciptakan seorang insan itu untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi bukan untuk menjadi perosak di muka bumi. Remaja atau seorang pemuda itu luar biasa kekuatannya. Sahabat-sahabat kita harus sedar dan bangun dari kelalaian, andai sebelum ini kita sering tersilap langkah dan dibuai dengan keseronokkan dan kebebasan hidup yang kita cari. Hari ini kita harus bangun dengan langkah baru meninggalkan segala kelalaian-kelalaian dan kebebasan itu. Bangun untuk memikirkan apakah sumbangan yang perlu kita lakukan dan berikan pada msyarakat, Negara dan yang paling penting adalah untuk agama Islam. Kita sering mendambakan kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia yang fana dengan apa yang kita lakukan, namun sebenarnya kita telah menempah kesengsaraan di akhirat kelak. Kenapa ini terjadi ??? Kerana kita telah mengabaikan perintah Allah dalam mencari keseronokkan dan kebahagiaan di dunia. Percaya atau tidak, boleh atau tidak, mungkin atau keberangkalian kitalah mahasiswa, remaja, pemuda yang Allah ciptakan dan pilih untuk mengubah anak remaja lain kembali ke jalan yang lurus. 

Sahabat…lakukanlah apa sahaja asalkan  ia tidak melanggar perintah Allah. Berseronoklah dengan nikmat Allah asalkan ia tidak melebihi batasan. Bebaslah kemana sahaja kita ingin pergi asalkan tidak mengundang kemurkaan Allah. Hiduplah dengan cara dan apa yang kita ingini asalkan kita tidak melupakan Allah, Pencipta diri kita dan sekalian alam. Kerana Allah tidak sesekali pernah menyekat kebebasan hidup kita malah Dialah Pemberi Nikmat untuk kita menjalani kehidupan. 

Segala hukum dan laranganNya tidak diciptakan melainkan untuk kebaikkan hambaNya.