Betul ka...ramai yang cakap mahasiswa yang aktif di kampus selalunya pointer rendah. Kenapa boleh jadi macam ni ya?? Keluh sebahagian mahasiswa sehingga kebanyakkan mahasiswa yang belajar di kolej atau universiti tak nak terlibat atau mengambil bahagian dalam mana-mana persatuan.. antara alasan yang paling popular ialah assingment banyak..tak sempat..takut pointer jatuh dan lain-lain...
Hmm..sedikit perkongsian yang ana ingin kongsikan hasil daripada pembacaan beberapa buah buku dan blog serta pengalaman daripada pendidik2 buat sahabat-sahabat dan ana sendiri yang mungkin kadangkala ada mengeluh atau ber 'mind set' kan seperti ini..moga perkongsian ini dapat memberi kita sama-sama bermuhasabah kembali dan perbaiki hati.
Pertamanya di sini,kita perlu bertanya, benarkah terjadi sedemikian? Jika benar berapa
peratuskah atau berapa ramai mahasiswa yang aktif dengan dakwah ini tidak
cemerlang dalam belajar? Sebenarnya tidak ramai yang sedia mengorbankan masanya
dengan dakwah kampus. Ramai
di kalangan mahasiswa yang
menghabiskan
masa dengan perkara-perkara remeh seperti melepak, bercanda, bercinta dan
sebagainya. Ramai di kalangan mahasiswa di kampus juga adalah
mahasiswa yang hanya tertumpu di ruang legar akademik sehingga mengabaikan hak
umat ke atas dirinya. Bagi mereka, dakwah tiada kaitan dengan kehidupan mereka
sebagai mahasiswa. Pada pengetahuan ana,
rakan-rakan yang aktif dengan dakwah kampus, mereka ini terdiri daripada
kalangan pelajar yang cemerlang. Hari ini ramai di kalangan mereka berjaya menjadi profesional da’ie dan para
ustaz ustazah .
Berbalik kepada persoalan di atas, hanya segelintir sahaja sebenarnya aktivis dakwah yang
terkadang
diuji Allah ke atas dirinya
dengan hilang fokus
dalam pelajaran. Mungkin kerana ada beberapa sebab terjadi sedemikian,
antaranya faktor matlamat yang tidak jelas mengapa
kita terlibat dengan organisasi dakwah kampus, pengabaian disiplin masa dan
belajar, gagal memahami konsep ”Alim Mujahid dan Tarbiyah
Dzatiyah yang longgar.
Niat
Niat adalah perkara pokok ke arah mencapai kecemerlangan. Tanpa niat yang betul di awal, di pertengahan dan di akhir perjalanan kita, kecemerlangan atau kejayaan sukar diperolehi.Kita mungkin mengatakan kita telah memulakan niat yang betul pada gerak dakwah yang kita lakukan..dakwah kita kerana Allah namun dalam tidak sedar kita harus berhati-hati bahawa seringkali terjadi niat kita akan berubah di pertengahan perjalanan gerakan dakwah kita. Pada waktu bila niat ini mula berubah? Pada waktu di mana kita mula berhadapan dengan ujian yang berat, kita mula mengeluh dan keyakinan kita pada pertolongan Allah mula menjadi was-was. Di saat ini, dalam tidak sedar niat awal kita yang baik telah mula berubah sedikit.Kita mula merasakan tugasan dakwah adalah beban dan menyusahkan...Namun apa yang paling penting adalah kita perlu sedar dan perbaiki serta perbaharui kembali niat itu kerana niat akan menentukan tindakan kita. Begitulah pesan seorang murabbi...
Hilang punca
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah
itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]
Bangkit dari
kesilapan
Kepada sababat
dan akhwat yang diuji oleh Allah SWT dengan kelesuan akademik kerana kesibukan
dengan dakwah kampus, kita harus segera memperbetulkan
keseimbangan kehidupan kita. Masih belum
terlambat untuk membangunkan kembali motivasi belajar. Ayuh, mari mulakan dengan langkah positif, langkah
orang-orang yang hebat dan luarbiasa. Sejarah orang yang hebat dan luar
biasa bermula dengan bangkit dari kelemahan dan kesilapan. Jangan persoal
dan bimbang sebesar mana masalah dan kegagalan yang sedang kita hadapi,
sebaliknya yang perlu kita bimbangkan, sudahkah kita bangkit dari ujian
tersebut.
"Kita tidak upaya mengubah keadaan, tetapi kita mampu mengubah sikap kita
menghadapinya. Kita tidak upaya mengubah arah angin, tetapi kita mampu mengubah
arah sayap kita"
Aktif dalam berpersatuan tidak salah. Yang silapnya adalah bagaimana kita
mengurus diri kita. Kepada yang aktif dengan dakwah kampus, anda telah
berjaya membangunkan potensi diri anda dari seorang mahasiswa biasa kepada
mahasiswa berjiwa pemimpin. Di atas pundak bahu anda sudah terpikul ”kerja
tambah”, memastikan anda cemerlang akademik dan dalam masa yang sama memikul
mas’uliyyah (tanggungjawab) kepimpinan mahasiswa. Bertambah besar lagi tugas
anda, sekiranya keaktifan anda dengan organisasi kampus adalah dalam rangka
melaksanakan tanggungjawab dakwah ilallah. Namun awas, jangan jadikan alasan
demi dakwah Islam, maka akademik kita korbankan. Itu adalah pandangan songsang
dan terkebelakang. Ingatlah jangan hanya disebabkan kesilapan kita dan
kesalahan diri kita sendiri yang tidak pandai membahagikan dan mengimbangi
masa, maka terjadinya fitnah pada gerakan dakwah...
Mulakan perubahan atas desakan Iman, dan jangan malu
untuk memperbetulkan langkah semangat kita pada paksinya yang sebenar. Iman
adalah kekuatan yang menggerakkan setiap mukmin. Iman yang menghadirkan
kemenangan pasti akan melonjakan kita untuk sentiasa berfikir dan berfikir
untuk bekerja dan bekerja, merangka strategi untuk cemerlang akademik, bijaksana dalam
berdakwah dan sentiasa istiqamah dengan program tarbiyah.