Thursday 8 December 2011

Tazkirah ringkas : Titik-titik Dosa

Diambil daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zainul Asri
KISAH ABU TALIB YANG TIDAK MENERIMA HIDAYAH ALLAH 

Dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 6-7 :
Sesungguhnya orang-orang kafir,sama saja bagi mereka,engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan,mereka tidak akan beriman.[6]

Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka,penglihatan mereka telah tertutup dan mereka akan mendapat azab yang berat.[7]

Dalam surah ini Allah telah menjelaskan bahawa bagi orang-orang kafir itu telah tertutup pintu kebenarannya untuk mereka.Orang yang kafir ini samada diberi peringatan atau tidak sama sahaja.

Orang-orang seperti ini Allah telah mencatat dan menulis "celaka" sejak azali. Mereka ini akan tetap celaka dan tidak boleh menerima petunjuk daripada orang lain.

Kisah Abu Talib : merupakan seorang bapa saudara Nabi yang sentiasa mempertahankan Nabi walau dalam apa jua keadaan terutamanya sewaktu baginda menerima ancaman-ancaman daripada musuh. Nabi Muhammad terlalu menyayanginya dan mengasihinya. Nabi telah berusaha habis-habisan untuk membawa Abu Talib memasuki Islam kerana sokongan kuat yang telah diberikan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Namun pada akhir hayat Abu Talib, Nabi Muhammad S.A.W meminta agar bapa saudaranya itu mengucap dua kalimah syahadah tetapi ditolak Abu Talib dengan alasan jika dia memeluk Islam orang-orang Quraish akan terus mengancam dan membunuh baginda. Sedangkan jika beliau tidak memeluk Islam pun Nabi tetap akan menerima ancaman daripada musuh. Sehinggalah pada akhir kematiaanya Abu Talib tetap tidak mengucap dan memeluk Islam.

Lalu Allah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W mafhumnya : Engkau tidak boleh memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi tetapi Allah lah yang berkuasa untuk memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya....

Begitulah nasib Abu Talib meski sebaik dan sehebat manapun pengorbanan beliau terhadap Rasulullah namun andai telah tercatat sejak azali bahawa beliau tidak akan menerima hidayah maka tiada sesiapa dapat membantunya hatta Rasulullah sendiri.

Begitu jualah dengan kehidupan kita, meskipun dia adalah seorang insan yang dilahirkan dalam Islam lalu membesar menjadi seorang manusia...samada menjadi manusia yang berguna atau tidak kita tidak mampu menentukannya dan menetapkannya. Kita hanya mampu membimbing, menasihati dan sebagainya Namun kuasa Allah jua untuk memberi hidayah padanya...

No comments:

Post a Comment