Monday 19 March 2012

KAMBING GURUN 'BERTANDUK' PANJANG : TRAGEDI ORANG LEMAH

Iktibar penting dari kisah dongeng dahulu kala...

Hari ini saya nak kongsikan satu kisah yang sangat menarik buat sahabat-sahabat . Artikel ini ada dimuatkan  dalam buku 'NOTA FIKIR untuk ZIKIR' oleh Pahrol Mohd Juoi. Walaupun cerita ini mungkin satu cerita yang dianggap hanya sesuai untuk kanak-kanak namun pengajaran penting daripada cerita ini tak ramai yang dapat mengambilnya.. Jom kita ikuti bersama...

Seekor  kambing gurun tiba-tiba dikejar oleh seekor harimau. Dengan pantas kambing memecut dan lari mendaki bukit yang berhampiran. Kepantasannya tidak dapat ditandingi oleh harimau yang akhirnya tertinggal di bawah bukit. Namun harimau tidak putus asa, ia terus menunggu di bawah dengan harapan kambing itu akan turun juga akhirnya.

Harimau terus menunggu, dan kambing terus pada kedudukannya di atas bukit. Masing-masing menanti siapakah yang akan mengalah. Sejak pagi kedua-duanya menunggu hinggalah tiba waktu tengah hari dan matahari mula condong ke barat. Pada waktu itu bayang-bayang kambing yang di atas bukit mula tertayang di atas muka bumi.

Mata harimau terus merenung kambing, manakala kambing merenung bayang-bayangnya sendiri. Kambing semakin hairan apabila melihat bayang-bayang tanduknya semakin lama semakin panjang. Ia menyangka sesuatu 'keluarbiasaan' sedang berlaku pada dirinya yang mana tanduknya telah menjadi semakin panjang dan tajam. Dalam diam-diam timbul rasa kagum dan hebat pada diri sendiri. Ia rasa semakin kuat, yakin dan mampu untuk berdepan dengan harimau dengan tanduk barunya itu.

Tanpa berfikir panjang, kambing pun melompat turun untuk berlawan dengan harimau. Apalagi, 'pucuk dicita ulam mendatang', harimau pun menerkam dan mencengkam leher si kambing. kambing menjerit kesakitan dan akhirnya mati dalam keadaan terkejut kerana 'kekuatan' yang dimilikinya rupa-rupanya tidak ada.........

Begitulah kisahnya...I'Allah pada masa akan datang, akan ana sampaikan apakah pengajaran terpenting pada cerita ini...sebuah pengajaran yang perlu di jadikan tauladan terutamanya buat insan yang bergelar pimpinan...

wasalam-

No comments:

Post a Comment