Sunday 26 August 2012

AKTIF DALAM DAKWAH KAMPUS TETAPI RESULT TAK CEMERLANG, KENAPA YA???

 
Betul ka...ramai yang cakap mahasiswa yang aktif di kampus selalunya pointer rendah. Kenapa boleh jadi macam ni ya?? Keluh sebahagian mahasiswa sehingga kebanyakkan mahasiswa yang belajar di kolej atau universiti tak nak terlibat atau mengambil bahagian dalam mana-mana persatuan.. antara alasan yang paling popular ialah assingment banyak..tak sempat..takut pointer jatuh dan lain-lain...

Hmm..sedikit perkongsian yang ana ingin kongsikan hasil daripada pembacaan beberapa buah buku dan blog serta pengalaman daripada pendidik2 buat sahabat-sahabat dan ana sendiri yang mungkin kadangkala ada mengeluh atau ber 'mind set' kan seperti ini..moga perkongsian ini dapat memberi kita sama-sama bermuhasabah kembali dan perbaiki hati.

Pertamanya di sini,kita perlu bertanya, benarkah terjadi sedemikian? Jika benar berapa peratuskah atau berapa ramai mahasiswa yang aktif dengan dakwah ini tidak cemerlang dalam belajar? Sebenarnya tidak ramai yang sedia mengorbankan masanya dengan dakwah kampus. Ramai di kalangan mahasiswa yang
menghabiskan masa dengan perkara-perkara remeh seperti melepak, bercanda, bercinta dan sebagainya. Ramai di kalangan mahasiswa di kampus juga adalah mahasiswa yang hanya tertumpu di ruang legar akademik sehingga mengabaikan hak umat ke atas dirinya. Bagi mereka, dakwah tiada kaitan dengan kehidupan mereka sebagai mahasiswa. Pada pengetahuan ana, rakan-rakan yang aktif dengan dakwah kampus, mereka ini terdiri daripada kalangan pelajar yang cemerlang. Hari ini ramai di kalangan mereka berjaya menjadi profesional da’ie dan para ustaz ustazah .


Berbalik kepada persoalan di atas, hanya segelintir sahaja sebenarnya aktivis dakwah yang terkadang

diuji Allah ke atas dirinya dengan hilang fokus dalam pelajaran. Mungkin kerana ada beberapa sebab terjadi sedemikian, antaranya faktor matlamat yang tidak jelas mengapa kita terlibat dengan organisasi dakwah kampus, pengabaian disiplin masa dan belajar, gagal memahami konsep ”Alim Mujahid dan Tarbiyah Dzatiyah yang longgar. 
 
Niat
Niat adalah perkara pokok ke arah mencapai kecemerlangan. Tanpa niat yang betul di awal, di pertengahan dan di akhir perjalanan kita, kecemerlangan atau kejayaan sukar diperolehi.Kita mungkin mengatakan kita telah memulakan niat yang betul pada gerak dakwah yang kita lakukan..dakwah kita kerana Allah namun dalam tidak sedar kita harus berhati-hati bahawa seringkali terjadi niat kita akan berubah di pertengahan perjalanan gerakan dakwah kita. Pada waktu bila niat ini mula berubah? Pada waktu di mana kita mula berhadapan dengan ujian yang berat, kita mula mengeluh dan keyakinan kita pada pertolongan Allah mula menjadi was-was. Di saat ini, dalam tidak sedar niat awal kita yang baik telah mula berubah sedikit.Kita mula merasakan tugasan dakwah adalah beban dan menyusahkan...Namun apa yang paling penting adalah kita perlu sedar dan perbaiki serta perbaharui kembali niat itu kerana niat akan menentukan tindakan kita. Begitulah pesan seorang murabbi...
 
Hilang punca
Sebagai mahasiswa, tugas dan peranan utama kita adalah belajar mentelaah ilmu dan meletakkan diri kita di kalangan yang terbaik. Manakala tugas dakwah adalah tugas hakiki kita sebagai hamba kepada Allah SWT. Tiada pemisah di antara belajar dan dakwah. Untuk menjadi hamba Allah SWT., seseorang perlu cemerlang dalam menuntut ilmu, cemerlang dalam ibadah, cemerlang dalam dakwah, cemerlang dalam akhlak dan cemerlang dalam tarbiyah Imaniyah.Tiada pemisah di antara kesemuanya. Luruskan kembali kefahaman kita tentang tanggungjawab sebagai pendakwah muda dan tanggungjawab sebagai mahasiswa rabbani. Ubatilah hati dengan Firman Allah SWT: 
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]
Bangkit dari kesilapan 
Kepada sababat dan akhwat yang diuji oleh Allah SWT dengan kelesuan akademik kerana kesibukan dengan dakwah kampus, kita harus segera memperbetulkan keseimbangan kehidupan kita. Masih belum terlambat untuk membangunkan kembali motivasi belajar. Ayuh, mari mulakan dengan langkah positif, langkah orang-orang yang hebat dan luarbiasa. Sejarah orang yang hebat dan luar biasa bermula dengan bangkit dari kelemahan dan kesilapan. Jangan persoal dan bimbang sebesar mana masalah dan kegagalan yang sedang kita hadapi, sebaliknya yang perlu kita bimbangkan, sudahkah kita bangkit dari ujian tersebut.
 Kata-kata hikmah ada berbunyi: 
"Kita tidak upaya mengubah keadaan, tetapi kita mampu mengubah sikap kita menghadapinya. Kita tidak upaya mengubah arah angin, tetapi kita mampu mengubah arah sayap kita"
Aktif dalam berpersatuan tidak salah. Yang silapnya adalah bagaimana kita mengurus diri kita. Kepada yang aktif dengan dakwah kampus, anda telah berjaya membangunkan potensi diri anda dari seorang mahasiswa biasa kepada mahasiswa berjiwa pemimpin. Di atas pundak bahu anda sudah terpikul ”kerja tambah”, memastikan anda cemerlang akademik dan dalam masa yang sama memikul mas’uliyyah (tanggungjawab) kepimpinan mahasiswa. Bertambah besar lagi tugas anda, sekiranya keaktifan anda dengan organisasi kampus adalah dalam rangka melaksanakan tanggungjawab dakwah ilallah. Namun awas, jangan jadikan alasan demi dakwah Islam, maka akademik kita korbankan. Itu adalah pandangan songsang dan terkebelakang. Ingatlah jangan hanya disebabkan kesilapan kita dan kesalahan diri kita sendiri yang tidak pandai membahagikan dan mengimbangi masa, maka terjadinya fitnah pada gerakan dakwah...
Mulakan perubahan atas desakan Iman, dan jangan malu untuk memperbetulkan langkah semangat kita pada paksinya yang sebenar. Iman adalah kekuatan yang menggerakkan setiap mukmin. Iman yang menghadirkan kemenangan pasti akan melonjakan kita untuk sentiasa berfikir dan berfikir untuk bekerja dan bekerja, merangka strategi untuk cemerlang akademik, bijaksana dalam berdakwah dan sentiasa istiqamah dengan program tarbiyah. 

No comments:

Post a Comment