Friday 25 November 2011

HIJRAH...mudah diungkap namun sukar untuk dilaksanakan..

HIJRAH MUDAH DIUNGKAP NAMUN SUKAR UNTUK DILAKSANAKAN...

27/11/2011 bersamaan 1 Muharram 1433H, bermulanya episod kehidupan seterusnya setelah berakhirnya setahun yang lepas. Jika mengimbau kembali episod kehidupan yang telah dilalui pada tahun lepas ternyata mungkin akan menyebabkan kita sedih,terharu,trauma,gembira dan lain-lain lagi. Namun andai kesedihan yang lebih banyak kita lalui sebelum ini daripada kegembiraan maka tidak perlulah kita terlalu mengenangkan memori silam itu sehingga boleh membuatkan kita lemah semangat untuk meneruskan kehidupan seterusnya...sebaliknya ambillah setiap kenangan itu sebagai ibrah(peringatan) untuk kita teruskan kehidupan yang akan menyusul. Macam tu juga kalau memori kegembiraan atau kejayaan yang lebih banyak daripada kesedihan maka jangan terus gembira dengan kisah-kisah atau peristiwa tu..Sebaliknya jadikan peristiwa yang lalu itu sebagai satu lontaran dan semangat untuk terus lebih maju dan lebih baik daripada sebelum ini. Dengan itu kehidupan kita akan lebih terasa indah dan bermakna dengan "mind set" yang sentiasa berfikiran positif.

Untuk mereka yang ingin sekali berubah dan memperbaiki hidup sebelum ini teruskan niat kamu dan kuatkan hati serta tekad dengan bersungguh-sungguh bahawa "Aku nak berubah mulai tahun ni....aku xnak lagi ........."
Mohonlah doa dan bantuan daripada Allah agar dapat membimbing hati-hati kita.

"Ya Allah..aku mohon padaMu dengan rahmat dan kasih sayangMu yang Maha Luas..Sesungguhnya Engkau berkuasa memberi petunjuk pada sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki. Maka aku mohon Ya Allah..bimbinglah hati ku ini untuk berubah kembali kepada Mu, untuk aku lebih dekat kepadaMu, untuk aku lebih mencintaiMu..Sesungguhnya Ya Allah, aku adalah hambamu yang hina dan kepada Engkaulah tempat aku kembali..Bimbinglah hatiku ini untuk terus berada di bawah hidayahMu,
Kau keluarkanlah aku daripada kejahilan dan kemaksiatan yang telah aku lakukan sebelum ini...
Agar aku dapat menjadi seorang hamba yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepadaMu..

Sahabat...hijrah yang akan kita lakukan memerlukan pengorbanan yang besar. Bergantung daripada aspek mana kita ingin berubah..Jika kita ingin berubah dari segi kehidupan dan diri ke arah yang lebih baik. Maka pengorbanan masa diperlukan serta kita perlu menempuhi pelbagai ujian. Ujian fitnah...dan sebagainya. Keluarga,masyarakat dan sahabat-sahabat mungkin akan memandang serong kepada kita dan mungkin ada yang xnak berkawan dengan kita lagi...namun itu semua bukan menjadi halangan untuk kita berubah dan terus mencapai matlamat kita. 

Sahabat...ingatlah setiap hati yang berniat dan menglafaz perkataan "aku ingin berubah" tidak akan terlepas dengan ujian. Hidupmu pasti di uji. Andainya kamu ingin berubah, kalau dahulu pernah bercouple dan sekarang xnak lagi, maka ujian untukMu pasti Allah hadirkan dengan ramai lelaki yang ingin mendampingmu..begitu juga seandainya kamu bertekad untuk meraih dan mendapat Cinta Allah pasti kamu di uji dengan Cinta lelaki. Sedarlah...semua itu hanya ujian untukmu yang hanya menguji dirimu apakah kamu benar-benar ingin berubah. Mohonlah pertolongan daripada Allah untuk menghadapinya. Allah pasti akan membantumu dan kamu akan merasa kenikmatan selepas berakhirnya ujian itu..Bukankah itu yang dijanjikan Allah kepada kita? Justeru kenapa kita masih was-was dan ragu-ragu. Tekadkan hatimu..kuatkan azammu sahabat..

Bersyukurlah kita pada hati-hati yang Allah telah anugerahkan untuk kita berubah menerima hidayah dan petunjuknya agar kembali kepada jalan yang benar dan sebuah kehidupan yang lebih baik kerana Allah sayangkan kita. Memang tak semudah yang diungkap " aku ingin berubah" dengan perlaksanaanya tetapi percayalah kita boleh sebenarnya untuk memulakan dan melakukannya...cuma nak atau tak..bersungguh-sungguh atau main-main aja..Berubahlah...mulakan dari sedikit demi sedikit tak perlu banyak-banyak..sedikit demi sedikit tetapi biar istiqamah...I'Allah kita boleh lakukan...

No comments:

Post a Comment