Wednesday 2 November 2011

KEHIDUPAN & KEIMANAN

RASAI KEHADIRAN ALLAH DALAM SETIAP DETIK  KEHIDUPAN..(DAKWAH FARDIYAH)


Dalam kesibukkan diri melalui hari-hari yang datang, terfikir ana pada Dakwah Fardiyah. Mengapa seringkali Dakwah ini kurang dititikberatkan. Akhlah yang terpuji dan baik mampu mempengaruhi orang lain untuk bersama-sama dengan kita. Bagi ana Dakwah melalui cara ini adalah yang paling terbaik dan yang paling memberi kesan yang mendalam. Kenapa???? Jom kita mulakan....


 Memilih untuk bersama gerombolan dakwah adalah satu pilihan yang paling tepat. Namun dengan hanya menjadi ‘ahli gerakan dakwah’ tidak memberikan kita tempat yang istimewa di sisi Allah sehinggalah kita menjadikan diri kita sebagai ‘ahli dakwah’ yang mewaqafkan kehidupan kita untuk memikul risalah Allah SWT ini.

Dakwah adalah bahagian utama daripada tarbiyyah yang sedang kita lalui. Diri kita tidak akan terus meningkat sehinggalah kita menjadikan dakwah itu sebahagian dari diri kita sendiri. Dakwah adalah sudut amaliyah tarbiyyah yang menjadikan kita lebih memahami dan lebih merasai hakikat Islam sebenar bahkan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah SWT. 

Bagaimana sahabat-sahabat awal (awwalun) yang kebanyakannya ummi (tidak tahu membaca dan menulis) dan membesar dalam suasana jahiliyyah mampu muncul sebagai peribadi-peribadi hebat bahkan mampu berdepan dengan ujian-ujian yang begitu hebat dan berat; rahsianya terletak kepada penterjemahan segala didikan yang mereka perolehi dari Rasulullah melalui medan amaliyah dakwah.




Salah satu dari medan dakwah adalah dakwah fardiyah iaitu membinakan hubungan individu (Ittisal fardi) dengan seseorang dengan tujuan mengubahnya dari seorang yang jauh dari Islam kepada ahli dalam gerakan dakwah yang kita pelopori. 

Objektif kita ialah supaya kebanyakan mereka yang aktif di dalam masyarakat berada di bawah pengaruh dan bimbingan kita sebagai pendokong Islam dan beramal bersama kita dalam gerak kerja yang terancang dan terlaksana secara jama’ie. 

Kesan dari dakwah fardiyah ini, mad’u (objek dakwah) kita akan menjadi pendokong Islam dengan kelayakan sebagai akh atau sekurang-kurangnya menjadi penyokong yang setidak-tidaknya bersimpati dan mempunyai wa'. Mereka percaya pada jalan kita, memberi sokongan, menyukai Islam dan sanggup bersusah payah kerananya.

No comments:

Post a Comment