Sahabat…. Ingin ku kongsi sedikit perjalanan
hidup yang pernah di lalui sepanjang hidupku menuju allah yang satu. Ambilllah
wahai sahabatku andainya cerita ini bisa membuatkan dirimu makin dekat
kepadanya dan bersemangat untuk terus memburu cintanya namun abaikanlah cerita
ini andainya ada atau timbulnya keraguan di hatimu kerna niatku ikhlas ingin
berkongsi satu pengalaman dan cerita kehidupan agar kita sama-sama dapat menuju
cintanya dan dia terharu melihat
keikhlasan kita dalam usaha untuk terus mendamba cintanya. Saban hari ku tidak
dapat melelapkan mata namun terpaksa ku paksa mata ini untuk tetap tidur agar
ia bisa ubtuk bangun pada malamnya meghadap tuhan yang esa. Berakhirnya satu
tahap untuk ku terus memburu kejayaan. Selama 3 tahun juga ku habiskan masa dan
waktu untuk menuntut dan mencari ilmu di bumi yang penuh dengan barakah.
Tatkala tamatnya berada di tahap ini aku telah pun menghabiskan masa selama 3
bulan di rumah. Selama 3 bulan jugalah ku cuba mengambil masa ini untuk
memuhasabah diriku. Lalu aku temui dan
memori ini mengingati kembali satu persatu rahmat yang telah dikurniakan allah
yang sebenarnya tidak pernah ku sedari selama ini. Setelah mengingatinya semula
ku temui sesuatu yang terlalu bahagia dan nikmat iaitu rahmay allah. Rahmat
allah yang makin menguatkan dan mengujuhkan lagi cintaku kepadanya. Lalu kisah
silam terungkai………….sewaktu aku di bangku sekolah rendah ayah menghantarku ke
sekolah. Saban hari ayah lah yang akan mengambil dan menghantarku apabila abang
pulang lewat dan sebagainya. Pada satu hari, sewaktu ayah membawaku pulang
daripada sekolah aku dan ayah kemalangan dengan seorang pelajar yang juga baru
pulang daripada sekolah. Sewaktu jatuh aku tidak lagi ingat apa-apa. Apabila
sedar aku dah berada di atas jalan. Melihat kelibat ayah yang seperti sedang
mencari aku. Lalu dia menghampiri aku dan membangunkan aku. Alhamdulillah allah
masih melindungi kami meskipun aku lihat pada waktu itu kaki dan tangan ayah
terus mengalir darah. Ayah luka-luka dan cedera teruk.banyak darah yang keluar.
Datang seorang pak cik kepadaku, adik….dik ada luka-luka tak. Kalau ada boleh
kita pergi hospital. Namun waktu itu aku hanya menggeleng. Ku lihat luka ku tak
separah ayah. Hanya sedikit darah yang mengalir di siku mungkin akibat bergeser
di jalan. Sakit tak terasa langsung. Cuma pedih aja. Pelajar itu terus pulang
kerumahnya kerana takut dan dia tidak cedera apa-apa. Lalu dengan hati yang
kental ayah tetap membawa ku pulang ke rumah menaikki motosikal dengan darah
dan cedera. Sampai di rumah mak terkejut sangat/ lalu di cepat-cepat ambil ubat
dan sapukan pada luka-luka ayah dan aku. Dalam keadaan diri yang masih mentah
dan budak-budak aku masih tidak dapat
mengambil iktibar daripadanya. Usia semakin meningkat lalu kaki terus
melangkah meneruskan perjuangan ke sekolah menengah. Sewaktu di sekolah
menengah aku tinggal di asrama bermula daripada tingkatan 1-3. Sewaktu di
sekolah menengah sekali lagi allah mengujiku dengan tragis kemalangan. Namun
kali ini bukan aku yang mengalaminya tetapi sahabatku. Sahabat sekolah rendah
yang sama-sama pergi ke kelas tuisyen di sekolah india dan teman bermain.
Dialah sahabat yang mula mengajar aku untuk bergaul dengan kaum india. Namun
nasib tidak menyebelahinya apabila allah telah mengambilnya melalui satu
kemalangan setelah pulang daripada sekolah. Dia terlibat dalam satu kemalangan
antara motor dengan trekta ( lori kelapa sawit). Ternyata allah lebih
menyayanginya. Aku tidak dapat pulang kerana berada di asrama dan berita
kematiannya lewat diketahui. Sedih mula terasa saat itu …. Namun hari demi hari
perasaan itu dapat ku atasi dengan berkat kekuatan daripada allah..mungkin juga
aku kurang merasai pemegiaanya kerana semenjak di sekolah menengah kami mula
jarang berhubung. Cuma sekali sekala bila terserempak. Mungkin juga kerana aku
banyak menghabiskan masa di asrama sedangkan dia tinggal di rumah. Mungkin juga
kerana ukhwah persahabatan yang terjalin pada waktu itu dalam keadaan
masing-masing masih belum memahami erti sebuah persahabatan dan ukhwah yang
sebenar. Dan yang paling penting kefahaman yang jelas ukhwah kerana allah.
Meskipun hanya kenangan sewaktu sekolah rendah banyak bersama namun kesedihan
sebagai seorang sahabat tidak dapat lari daripada fitrah manusia tambahan di
waktu seseorang itu baru ingin mengenali dunia. Lalu langkah dan semangat yang
ada untuk terus memburu kejayaan ku teruskan lagi. Setelah tamat menghabiskan
pengajian di sekolah menengah ku jejaki kaki dengan petunjuk dan hidayah
daripada allah ke sebuha institusi pengajian islam. Di hati pada waktu itu aku
hanya ingin berada di sebuah ipt islam. Tidak hairanlah kos apa yang akan
ditawarkan aku akan terima kerana apa yang aku inginkan adalah mentarbiyah diri
menjadi seorang hamba yang terbaik. Aku percaya dan yakin di sinilah tempatnya
untukku bermula. Allah telah mentakdirkan aku di sini. Tahun demi tahun ku
lalui tarbiyah di bumi barakah ini sehinggalah ke penghujungnya allah berikan
ku satu ujian yang hebat ku rasakan. Satu ujian yang tak pernah ku rasakan
sebelum ini dan berlainan dengan sebelum-sebelum ini meskipun tragisnya mungkin
sama. Sepanjang 3 tahun allah mentarbiyahku sehingga aku menhenali erti ukhwah
sebenar. Erti sebuah perjuangan dan ellah telah mengizinkan aku untuk terus
mengukuhkan cintaku padanya. Bermula di satu petang yang terasa dingin, sewaktu
pulang daripada kampus ingin menuju ke asrama dengan semangat yang penuh untuk
menghadapi mid-tem pada malamnya, aku bersama sahabatku terlibat dalam satu
kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan kematiaan. Sahabatku pergi buat
selama-lamanya dan mengalami cedera parah sedangkan aku hanya mengalami sedikit
luka di pergelangan tangan akibat geseran di atas jalan raya. Subhanallah hanya
allah yang mengetahui segala yangtersirat. Rasa syukur di hati tidak
henti-henti ku panjatkan. Ci rumah mak dan tok menangis bersyukur kerana aku
terselamat. Namun allah telah tinggalkan untukku ujian yang hebat untuk ku
tempuhi dengan kehilangan orang tersayang. Sahabat yang sentiasa di sisi
sewaktu aku sakit, suka dan duka. Sahabat yang telah bersma-samaku
memperjuangkan agama allah. Kalau dulu mungkin aku tidak dapat merasai
nikmatnya ukhwah namun kini aku telah merasai betapa nikmat dan berharganya
sebuah khwah yang terjalin atas nama allah. Sukar untuk di ungkap dengan
kata-kata melainkan merasainya sendiri. Satu niknat yabg tak terkata
rasanya…..apa yang lebih menusuk adalah suapan terakhirnya dan apabila ada
seorang pensyarah yang masih tidak dapat menerima bahawa dia telah pergi
selamanya. Namun waktu ini, ku kuatkan hati untuk menenangkan guru ini dan
menasihatinya agar meredhainya. Alhamdulillah guruku ini dapat menerimanya,
pemeriksaan terakhir doktor di hadapanku itulah yang paling tidak dapat
dilupakan…namun ku akur segala kehendak tuhan kerba sesungguhnya segala yang
diberikan ini hanyalah pinjaman. Dia berkuasa untuk mengambilnya kembali.
Alhamdulillah..satu kekuatan yang luar biasa dapat ku rasakan. Diriku tidak
langsung berasa sakit sepanjang kemalangan itu dan luka ku juga cepat sembuh.
Subhanallah…aku makin terasa nikmat dan rahmatnya. Netapa dia berkuasa
melindungi dan memelihara hamba-hambanya. Mungkin juga kerana allah ingin aku
memperhebatkan lagi ketaatan dan cintaku kepadanya. Ya allah andai itu yang kau
ingin kan diri ini akan terus berusaha sehinggalah ke akhirnya meskipun ujian
hebatmu akan terus bertamu. Selepas itu
aku fikir aku dapat menenangkan diriku dalam beberapa minggu sebelum menhadapi
exam last year. Tekaan ku silap.allah maha berkuasa atas segala-galanya.
Selemas seminggu pemergian arwah dalam keadaan yang masih mengubat hati aku
membuka fb. Ingin membaca apa maklumat yang ada. Namun secara tidak sengaja aku
telah terchatting dengan seorang kakak di mesir. Kakak ini yang sentiasa
mengikuti perkembangan peristiwa kemalangan tersebut telah memperkenalkan aku
dengan seorang adik biliknya yang nama dan wajahnya sama macam arwah. Nama adik
ini seperti nama adik arwah dan binnya pun sama macam ayah arwah. Masya allah…allah
itu maha hebat. Di hati ku mula meerasa gembira. Kataku pada kakak ini
subhanaallah kak mungkin allah bagi ana pengganti dan pengubat rindu. Aku dan
adik ini berkenalan dan dia ada menhantar satu pesanan dalam inbox fb ku nama
penuhnya dan satu mutiara kata buatku. Masyaallah di hati tidak putus-putus
mengucap syukur dan terlalu gembira dengan perkenalan ini. Ku yakin inilah
takdir daripada allah. Namun selang beberapa hari daripada perkenalan itu, aku
dikejutkan dengan berita pemergiannya. Adik ini juga telah terlibat dalam satu
kemalangan di mesir. Pada mulanya ku anngap kakak ini hanya bergurau namun
melihat pada ketegasannya aku akur..dan percaya. Apa yang paling membuatkan ku
terharu adalah hanya dengan beberapa kali kami chat dia telah menghadiahkan aku
sehelai jubah hitam dan satu bookmark yang tertulis atasnya kata-kata indah.
Jubah itam adalah jubah yang aku inginkan namun tak dapat nak membeli kerana
kekurangan kewangan. Tak sangka allah telah menghadiahkan untukku dengan cara
dan melalui sahabatku ini. Subhanallah…lailahaillaallah…ya allah sesungguhnya
apa yang berlaku tidak pernah mengurangkan rasa cintaku padamu malah makin
menguatkan aku untuk terus memburu cintamu. Sesungguhnya ya allah hidup dan
matiku hanya untukmu. Hatiku ini tidak akan berhenti untuk terus mengingatimu. Sahabat…begitulah sedikit sebanyak yang dapat
ana kongsikan. Moga-moga ada manfaat daripadanya. Ayuhlah sahabat kita terus
memburu cinta allah dan berusaha untuk menjadi orang yang hebat di sisi allah
bukan di sisi manusia. .. Kelak kita akan perolehi rahmat yang melimpah ruah daripadanya. Sesungguhnya
tiap kehidupan manusia itu tidak lari daripada di uji. Sama-samalah kita
tempuhi setiap ujian yangdatang dengan penuh ketabahan namun andainya engkau
telah melepasi sesuatu ujian itu janganlah engkau menyangka bahawa engkau telah
berjaya menempuhi ujian itu kerna kita tidak tahu apakah nilaian allah untuk
kita dan mungkin aja akan datang ujian yang lebih hebat di hadapan. Bersiap
sedialah menghadapinya kerana bukanlah dikatakan seseorang itu berjuang
andainya tiada halangan dalam perjalanan perjuangan atau hidupnya itu…ayuh
bersama kita kukuhkan dan mantapkan iman. Percaya dan yakinlah tanpa rasa
was-was pada setiap ketentuan allah. Keyakinan kepada allah adalah segala ubat
yang dapat menyembuhkan segala penyakit dan ujian termasuk kematiaan. Namun
yang dikatakan ubat bagi kematiaan itu bukan ubat untuk menghidupkan orang yang
mati tetapi ubat untuk menghidupkan kembali hati-hati yang telah mati dan
tersungkur….Namun ujian yang menimpa umat Muhammad itu hanya sedikit berbanding ujian yang menimpa Nabi Muhammad S.A.W...
Friday, 30 September 2011
PUTIH DAN HIJAU BUKAN HANYA WARNA PAS
Kuasa Hijau Putih
Seperti yang kita ketahui apabila
sebut sahaja warna putih dan hijau, pasti ramai yang membayangkan ia adalah
warna pas. Namun di sini, ingin ana cuba untuk menggarapkan beberapa kaitan
antara warna ini dalam kehidupan kita. Selain daripada manusia yang boleh kita
jadikan ia sebagai inspirasi hidup, warna juga adalah salah satu aspek yang
tidak ketinggalan. Cuba sahabat-sahabat kita jadikan warna putih dan hijau ini
sebagai warna inspirasi hidup dan matlmat yang harus kita capai. Bagaimana
caranya ????
Mudah sahabat-sahabat..pertama sekali
mengapa ana letakkan warna putih dahulu sebelum warna hijau???. Ini kerana
warna putih adalah warna yang paling suci. Di mana warna ini kita boleh
letakkan sebagai satu usaha yang kita rebut untuk dapatkannya. Dalam kehidupan
seorang mukmin itu perlu ada kesucian hati. Tambahan dalam hidup seorang
pejuang agama. Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai kemaksiatan. Namun
kita perlu melihat sejauh mana kita mampu untuk menghadapi dan mengelaknya.
Cuba kita tanamkan dalam “mind set” kita hati kita harus putih seperti warna
putih ini. Apabila mind set telah ditanamkan dalam minda, perbuatan haruslah selari dengan
apa yang ditanamkan. Apabila mind set telah ditanam, maka hati akan berusaha
menyakinkan setiap perbuatan dan setiap perbuatan pasti dilahirkan dari dalam
hati. Hati akan takut melihat maksiat. Hati akan takut untuk melakukan maksiat.
Hati akan takut untuk membuat perkara-perkara yang tidak baik. Maka hati ini
akan terus tunduk dan patuh pada perintah Allah. Sedar atau tidak warna putih
ini mampu mentarbiyah kita..Hati juga akan sentiasa tenang dalam setiap keadaan
dan sentiasa bersemangat dalam meneruskan gerak kerja. Warna putih hanya
berkaitan dengan sesuatu yang positif. Warna putih hanya boleh di kaitkan
dengan perkara yang baik…Demikian lah kehebatan yang ada pada warna putih.
Warna yang paling di sukai Nabi S.A.W. Warna yang di sukai Allah. Warna pakaian
yang akan kita pakai pada akhirnya kehidupan.
Bagaimana pula dengan warna hijau???
Emm…warna hijau merupakan warna ketenangan. Begitulah yang selalu kita faham
dan didefinisikan dalam kajian-kajian dan motivasi-motivasi. Namun, ada perkara
yang paling hebat yang harus kita ketahui iaitu syurga yang dijanjikan Allah
kepada orang yang beriman. Kalau tadi kita telah letakkan warna putih di dalam
hati, cuba pula kita letakkan warna hijau dalam minda dan hati. Warna hijau
warna syurga. Setiap mukmin itu pasti ingin mendiami syurga. Sejahat manapun
seseorang itu, pasti apabila diberi pilihan syurga atau neraka. Pasti syurga
jawapannya. Setiap apa yang kita lakukan dunia dan setiap perjuangan kita
menegakkan agama Allah,pasti hanya syurga yang ingin kita dambakan. Cuba kita
tanamkan pula setiap hari apabila melihat warna hijau. Syurga…ya syurga
idamanku. Aku pasti berusaha untuk melakukan segala-galanya asalkan aku dapat
mencapai matlamatku ingin mendiami syurga.
Begitulah sedikit inspirasi yang
boleh kita sama-sama cuba bayangkan. Kalau mungkin sebelum ini apabila kita
melihat warna ini hanya sebagai warna tetapi tidak ada apa-apa perasaan, namun
cuba kita ubah sedikit selepas ini apabila kita melihat warna ini kita akan
bertambah semangat dan kita bayangkan kehebatan warna ini. Lantas kita berusaha
melakukan dan mendapatkannya. Alangkah nikmatnya sahabat-sahabat. Walaupun
perkara ini hanya mudah dan boleh dipandang remeh namun realitinya ia mampu
memberi input yang besar dalam kehidupan kita..jom cuba...selepas daripada ini pasti sesuatu yang kita lakukan akan terasa lebih bermakna dan makin dekat dengan Allah...
Tarbiyahlah dirimu..
Disebalik keheningan malam, di mana insan-insan mula nyenyak dalam keghairahan melayan dan melayari bahtera mimpi namun masih ada insan yang belum dapat melelapkan matanya. Memikirkan nasib diri dan merenungi ummah sekarang.Terlalu penat dan lelah serta nazak.....Hatinya mula berbicara, apakah mungkin diriku ini dapat membantu memulihkan mereka?apakah aku mampu untuk melakukan?apakah diriku telah siap untuk menerima sebarang tarbiyah....belum..diriku belum puas menerima tarbiyah dan aku akan terus berusaha mencari tarbiyah itu.Moga-moga dengan tarbiyah yang diperolehi dapat aku gunakan dan praktikkan.Demi sebuah agama yang tercinta.Namun dalam mengecapi dan ghairah mencari tarbiyah segala ilmu yang diperolehi harus dipraktikkan dahulu agar ia tidak luput dan musnah.
Thursday, 29 September 2011
BUATMU REMAJA...
YA ALLAH…
TERLALU BANYAK DOSAKU PADAMU
KINI AKU TELAH MENCECAH KEUSIA 20 TAHUN
SELAMA 20 TAHUN JUGA DOSAKU TERHIMPUN BANYAKNYA
YA ALLAH….
AKU POHON KEMPUNAN DARIPADAMU
AKU POHON UNTUK KEMBALI KEPADAMU
YA ALLAH..
AKU PERCAYA DAN YAKIN MASIH ADA SINAR NUR KEAMPUNANMU UNTUKKU
YA ALLAH..
ANDAINYA KAU TAHU BUKAN HATIKU YANG INGIN MELAKUKAN SEGALA KEMAKSIATAN
TETAPI IA DATANG DARI BISIKAN-BISIKAN SYAITAN & HASUTAN HAWA NAFSU
YANG CUBA UNTUK MENJAUHKAN AKU DARIPADAMU
YA ALLAH..
MEREKA TAHU KUATNYA CINTAKU KEPADAMU
LANTAS MEREKA PERKUKUHKAN & PERKUATKAN JENTERA UNTUK MENJAUHKAN AKU DAN MENYESATKAN AKU
DARI JALAN AGAMAMU
YA ALLAH..
DEMI NAMAMU YANG AGUNG
TIDAK AKAN KU PERNAH MENINGGALKAN AGAMAMU WALAU APAPUN YANG BERLAKU
TAK KAN KU CUBA UNTUK LARI DARI MEDAN MEMPERJUANGKAN AGAMAMU
YA ALLAH..
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI
BETAPA SEBELUM INI AKU BERUSAHA UNTUK MENJAUHI SEGALA KEMAKSIATAN
BETAPA AKU BERUSAHA UNTUK MENJAGA KESUCIAN HATIKU
YA ALLAH..
HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUKMU
YA ALLAH AKU MERINDUIMU…
TERLALU RINDU
YA ALLAH AKU CINTAKANMU
TERLALU MENCINTAIMU
TIDAK PERNAH AKU MERASAI HEBATNYA CINTA
MELAINKAN CINTA KEPADAMU
YA ALLAH..
KAU BERIKAN AKU SEGALA YANG AKU INGINKAN
KAU MAKBULKAN DOAKU TATKALA AKU MEMERLUKAN PERTOLONGANMU
YA ALLAH…
ENGKAU BERIKAN AKU SEGALA-GALANYA…
KEKADANG TATKALA AKU POHON KEKUATAN KAU HADIRKAN DUGAAN YANG HEBAT
TATKALA AKU POHON KESABARAN
KAU BERIKAN AKU MEHNAH
YA ALLAH..
SESUNGGUHNYA AKU PERCAYA DAN YAKIN PADA SETIAP KETENTUANMU UNTUKKU
UJIAN DAN DUGAAN YANG TIDAK HENTI-HENTI YANG KAU DATANGKAN
ADALAH UNTUK MENGUJI CINTAKU KEPADAMU
INSAN YANG KAU HADIRKAN DAN DAMPINGKAN UNTUKKU ADALAH UJIAN UNTUK MENGUJI KETEGUHAN CINTAKU KEPADAMU
YA ALLAH..
TELAH NEKAD HATIKU
BIAR APAPUN YANG DATANG ASALNYA DAN WASILAHNYA DARIPADAMU
AKU REDHO DAN TERIMANYA DENGAN HATI YANG GEMBIRA
KERANA SEMUANYA DEMI CINTAKU KEPADAMU
AKU BERSEDIA MENERIMA APA JUA UJIAN DAN DUGAAN YANG DATANG
ASALKAN CINTAMU DAPAT KU MILIKKI
PASTI AKAN KU BERUSAHA MEMILIKINYA
KERNA AKU PERNAH MERASAI MANISNYA
NIKMATNYA MENCINTAI DAN MERINDUIMU…
YA ALLAH..
TIADA MANUSIA DAPAT MEMAHAMI SEGALA YANG TERSIRAT DIHATIKU
MELAINKAN ENGKAU
YA ALLAH
AKU POHON ANDAINYA KAU INGIN MENGHADIRKAN SEORANG INSAN DALAM HIDUPKU
HADIRKANLAH DIA YANG SETIA MENCARI DAN MENDAMBA CINTAMU
YANG DAPAT MEMBAWA AKU KEPADA SYURGAMU
YANG DAPAT BERSAMA-SAMAKU MEMPERJUANGKAN AGAMAMU
YANG DAPAT MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG SANGGUP BERJIHAD DI JALANMU
YANG DAPAT MENDIDIK DAN MEMBIMBING DIRIKU DAN ANAK-ANAK
YANG DAPAT MEWARISI GENERASI PERJUANGAN RASULLAH
YANG DAPAT BERUSAHA MEMELIHARA AGAMAMU
YA ALLAH
BERIKAN AKU INSAN YANG DAPAT MEMBIMBINGKU
YA ALLAH IZINKAN AKU MENERUSKAN PERJUANGANKU
MENGEMBALIKAN UMAT MUHAMMAD YANG TELAH HANCUR
MENGEMBALIKAN KAUMKU HAWA YANG TELAH TERSASAR
YA ALLAH..
SEMUA INI HANYA KEPADAMU AKU MEMOHON
HANYA ENGKAU YANG MAMPU MEMBERIKAN
NAMUN AKU REDHO ATAS SEGALA KETENTUAN ENGKAU UNTUKKU
AKU SEBAGAI HAMBAMU HANYA MAMPU BERDOA
DAN BERHARAP DENGAN PENUH YAKIN…
Seringkali manusia itu diuji dengan pelbagai dugaan. Sudah termaktub dalam Firman Allah………………………Alam remaja merupakan salah satu alam yang paling kuat ujiannya. Di alam inilah penentu kepada keperibadian seseorang itu. Di alam ini, remaja di uji dengan cinta manusia. Di mana perasaan ingin bercinta dan mengasihi mula membuak-buak dalam setiap hati. Ingin mencari pendamping, teman untuk bercouple dan sebagainya. Remaja yang semakin meningkat ke alam dewasa ini juga menginginkan kebebasan hidup. Mereka tidak suka dikongkong. Seorang remaja itu ingin sekali mencuba sesuatu yang baru. Inilah antara beberapa ujian besar di alam remaja dimana jika tidak bijak mengendalikan dan mengawal kehidupan akan menjadi musnah. Ramai remaja tidak dapat mengawalnya serta terpengaruh dengan kehidupan ini lantas hasilnya dapat kita lihat pada dunia sekarang dimana keruntuhan akhlak remaja semakin mengganas. Sedihnya hati ini bila melihat golongan yang seusia dengan kita terbabit dengan pelbagai masalah sosial di luar sana…Di manakah remaja tika ini jika golongan remaja yang seringkali di sebut-sebut sebagai pewaris bangsa, pewaris agama, pewaris Negara…Namun sebenarnya makin hancur dijajah oleh pemikiran-pemikiran Yahudi. Ayuh sahabat, kembalilah kita menyedari hakikat dan tujuan Allah menciptakan kita. Diciptakan seorang insan itu untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi bukan untuk menjadi perosak di muka bumi. Remaja atau seorang pemuda itu luar biasa kekuatannya. Sahabat-sahabat kita harus sedar dan bangun dari kelalaian, andai sebelum ini kita sering tersilap langkah dan dibuai dengan keseronokkan dan kebebasan hidup yang kita cari. Hari ini kita harus bangun dengan langkah baru meninggalkan segala kelalaian-kelalaian dan kebebasan itu. Bangun untuk memikirkan apakah sumbangan yang perlu kita lakukan dan berikan pada msyarakat, Negara dan yang paling penting adalah untuk agama Islam. Kita sering mendambakan kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia yang fana dengan apa yang kita lakukan, namun sebenarnya kita telah menempah kesengsaraan di akhirat kelak. Kenapa ini terjadi ??? Kerana kita telah mengabaikan perintah Allah dalam mencari keseronokkan dan kebahagiaan di dunia. Percaya atau tidak, boleh atau tidak, mungkin atau keberangkalian kitalah mahasiswa, remaja, pemuda yang Allah ciptakan dan pilih untuk mengubah anak remaja lain kembali ke jalan yang lurus. Sahabat…lakukanlah apa sahaja asalkan ia tidak melanggar perintah Allah. Berseronoklah dengan nikmat Allah asalkan ia tidak melebihi batasan. Bebaslah kemana sahaja kita ingin pergi asalkan tidak mengundang kemurkaan Allah. Hiduplah dengan cara dan apa yang kita ingini asalkan kita tidak melupakan Allah, Pencipta diri kita dan sekalian alam. Kerana Allah tidak sesekali pernah menyekat kebebasan hidup kita malah Dialah Pemberi Nikmat untuk kita menjalani kehidupan. Segala hukum dan laranganNya tidak diciptakan melainkan untuk kebaikkan hambaNya.
BINGKISAN BUATMU MUJAHIDAH....
AKU MENGANGUMIMU KERANA SEMANGAT YANG ADA PADAMU UNTUK MEMBANTU AGAMAMU..
Wahai mujahidah,
Bila ku lihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu
Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi
Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah Nabimu
Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah
Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali
Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi
Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya
Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu
Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya’ dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu
Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta
Ku titipkan puisi ini buat para mujahidah yang sentiasa merindui Tuhannya. Buat pembakar semangat untuk kalian terus berjuang di jalan Allah. Percayalah, janji Allah itu benar …………………….pasti kan kau miliki suatu hari. Semangatmu pasti akan memberi kekuatan kepada mereka yang berada di sekelilingmu terutamanya pada Rijal[1] yang masih di dalam buaian selimut. Usah ditakuti pada segala pancaroba yang datang kerana semuanya pasti akan pergi tatkala melihat kuat dan utuhnya imanmu.Siapa kata kaum wanita hanya perlu di rumah menghayun buaian??? siapa kata kaum wanita hanya perlu memasak dan membasuh…cuba kau lihat serikandi-serikandi Islam yang telah terbukti keberaniannya…Khaulah Al-Azwar, Zainab Al-Ghazali dan serikandi-serikandi lain. Wanita bukan kaum yang lemah tetapi ketahuilah mujahidahku, Allah ciptakan kita dengan kekuatan yang tersendiri. Pada mujahidah itu, ada tangisan yang mampu menundukkan kaum Rijal, pada lunak suara itu, ada semangat dan mutiara bernilai,pada lembut tangannya menghayun buaian, ada azimat yang mampu menggoncangkan dunia. Teruskanlah…bakarlah semangatmu. Ingatlah jika ada seorang yang berusaha untuk menjatuhkanmu, seribu di belakangmu akan tetap bersamamu.
Wanita solehah mutiara agama
Wanita,dirimu begitu berharga.Seindahindah hiasan di dunia.Peribadinya terjaga dan terpelihara.Duhai Wanita,dalam kelembutanmu,suburkanlah ketegasan berlandaskan ilmu keredhaan Tuhan. Ketahuilah kalian,rosaknya kamu wanita,membawa seribu satu macm bencana buat dunia.Rosaknya wanita pasti akan meruntuhkan institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara.Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki,boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan...
Kalam hikmah
Sebuah bingkisan yang dikarang oleh Ibnul Khattab ini perlu direnungi bersama..di mana ia mengisahkan perjalanan akhir hidup seorang mujahid yang sangat merindukan syurga...
Setitis sahaja racun akan membunuhmu,
Membuatmu tidak berdaya melakukan apa-apa,
Kehidupan adalah perjuangan,
Dan perjuangan akan menyelamatkanmu dari titisan itu,
Tetapi kita tetap menuju fana,
Maka pilihlah jalan yang paling mulia untuk kematian,
Jalan yang membawa kemuliaan ke syurga hakiki,
Dan jangan sampai kau mati kerana urusan dunia,
Yang tentu akan melemparkanmu ke neraka.... "Bersiap sedialah kalian sebelum menuju ke negeri abadi...negeri yang akan menentukan keadaan sebenar kalian apakah kebahagiaan atau penyeksaan yang akan diperolehi.....
Subscribe to:
Posts (Atom)