Friday 30 September 2011

PUTIH DAN HIJAU BUKAN HANYA WARNA PAS


Kuasa Hijau Putih

Seperti yang kita ketahui apabila sebut sahaja warna putih dan hijau, pasti ramai yang membayangkan ia adalah warna pas. Namun di sini, ingin ana cuba untuk menggarapkan beberapa kaitan antara warna ini dalam kehidupan kita. Selain daripada manusia yang boleh kita jadikan ia sebagai inspirasi hidup, warna juga adalah salah satu aspek yang tidak ketinggalan. Cuba sahabat-sahabat kita jadikan warna putih dan hijau ini sebagai warna inspirasi hidup dan matlmat yang harus kita capai. Bagaimana caranya ????
Mudah sahabat-sahabat..pertama sekali mengapa ana letakkan warna putih dahulu sebelum warna hijau???. Ini kerana warna putih adalah warna yang paling suci. Di mana warna ini kita boleh letakkan sebagai satu usaha yang kita rebut untuk dapatkannya. Dalam kehidupan seorang mukmin itu perlu ada kesucian hati. Tambahan dalam hidup seorang pejuang agama. Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai kemaksiatan. Namun kita perlu melihat sejauh mana kita mampu untuk menghadapi dan mengelaknya. Cuba kita tanamkan dalam “mind set” kita hati kita harus putih seperti warna putih ini. Apabila mind  set  telah ditanamkan  dalam minda, perbuatan haruslah selari dengan apa yang ditanamkan. Apabila mind set telah ditanam, maka hati akan berusaha menyakinkan setiap perbuatan dan setiap perbuatan pasti dilahirkan dari dalam hati. Hati akan takut melihat maksiat. Hati akan takut untuk melakukan maksiat. Hati akan takut untuk membuat perkara-perkara yang tidak baik. Maka hati ini akan terus tunduk dan patuh pada perintah Allah. Sedar atau tidak warna putih ini mampu mentarbiyah kita..Hati juga akan sentiasa tenang dalam setiap keadaan dan sentiasa bersemangat dalam meneruskan gerak kerja. Warna putih hanya berkaitan dengan sesuatu yang positif. Warna putih hanya boleh di kaitkan dengan perkara yang baik…Demikian lah kehebatan yang ada pada warna putih. Warna yang paling di sukai Nabi S.A.W. Warna yang di sukai Allah. Warna pakaian yang akan kita pakai pada akhirnya kehidupan.
Bagaimana pula dengan warna hijau??? Emm…warna hijau merupakan warna ketenangan. Begitulah yang selalu kita faham dan didefinisikan dalam kajian-kajian dan motivasi-motivasi. Namun, ada perkara yang paling hebat yang harus kita ketahui iaitu syurga yang dijanjikan Allah kepada orang yang beriman. Kalau tadi kita telah letakkan warna putih di dalam hati, cuba pula kita letakkan warna hijau dalam minda dan hati. Warna hijau warna syurga. Setiap mukmin itu pasti ingin mendiami syurga. Sejahat manapun seseorang itu, pasti apabila diberi pilihan syurga atau neraka. Pasti syurga jawapannya. Setiap apa yang kita lakukan dunia dan setiap perjuangan kita menegakkan agama Allah,pasti hanya syurga yang ingin kita dambakan. Cuba kita tanamkan pula setiap hari apabila melihat warna hijau. Syurga…ya syurga idamanku. Aku pasti berusaha untuk melakukan segala-galanya asalkan aku dapat mencapai matlamatku ingin mendiami syurga.
Begitulah sedikit inspirasi yang boleh kita sama-sama cuba bayangkan. Kalau mungkin sebelum ini apabila kita melihat warna ini hanya sebagai warna tetapi tidak ada apa-apa perasaan, namun cuba kita ubah sedikit selepas ini apabila kita melihat warna ini kita akan bertambah semangat dan kita bayangkan kehebatan warna ini. Lantas kita berusaha melakukan dan mendapatkannya. Alangkah nikmatnya sahabat-sahabat. Walaupun perkara ini hanya mudah dan boleh dipandang remeh namun realitinya ia mampu memberi input yang besar dalam kehidupan kita..jom cuba...selepas daripada ini pasti sesuatu yang kita lakukan akan terasa lebih bermakna dan makin dekat dengan Allah...

No comments:

Post a Comment