Thursday 29 September 2011

BINGKISAN BUATMU MUJAHIDAH....

AKU MENGANGUMIMU KERANA SEMANGAT YANG ADA PADAMU UNTUK MEMBANTU AGAMAMU.. 

Wahai mujahidah, Bila ku lihat semangatmu yang berkobar-kobar Hatiku pun ikut tercabar Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu Kental semangatmu tidak disangsi Tidak mengenal apa erti putus asa Setiap kekurangan cuba kau perbaiki Setiap kelemahan cuba kau atasi Setiap kesilapan cuba kau hadapi Aku bangga melihatmu Seorang mujahidah yang berjuang Demi untuk menolong Tuhanmu Dan menjunjung sunnah Nabimu Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri Usahkan mundur Setapak pun tak mungkin berundur Sucinya hatimu wahai mujahidah Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu Ikhlas kau salurkan untuk-Nya Keyakinanmu untuk mengembalikan Islam kembali Pasti menjadi realiti Hakikat itu pasti terjadi Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian Untuk menatap saat-saat kegemilangan Namun itu bukan penghalang bagimu Perananmu sudah kau laksanakan Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya Berusahalah dan teruslah berusaha Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya Usah disesali harta yang telah kau infakkan Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan Keyakinan terhadap janji Tuhanmu Penawar bagi segala kedukaanmu Syurgalah tempatmu Istanamu teguh berdiri di sana Para anbiya’ dan sahabat teman bicaramu Pakaian indah pembalut tubuhmu Makanlah dan minumlah semahumu Semua untukmu Hanya untukmu Yakinlah wahai mujahidah tercinta

Ku titipkan puisi ini buat para mujahidah yang sentiasa merindui Tuhannya. Buat pembakar semangat untuk kalian terus berjuang di jalan Allah. Percayalah, janji Allah itu benar …………………….pasti kan kau miliki suatu hari. Semangatmu pasti akan memberi kekuatan kepada mereka yang berada di sekelilingmu terutamanya pada Rijal[1] yang masih di dalam buaian selimut. Usah ditakuti pada segala pancaroba yang datang kerana semuanya pasti akan pergi tatkala melihat kuat dan utuhnya imanmu.Siapa kata kaum wanita hanya perlu di rumah menghayun buaian??? siapa kata kaum wanita hanya perlu memasak dan membasuh…cuba kau lihat serikandi-serikandi Islam yang telah terbukti keberaniannya…Khaulah Al-Azwar, Zainab Al-Ghazali dan serikandi-serikandi lain. Wanita bukan kaum yang lemah tetapi ketahuilah mujahidahku, Allah ciptakan kita dengan kekuatan yang tersendiri. Pada mujahidah itu, ada tangisan yang mampu menundukkan kaum Rijal, pada lunak suara itu, ada semangat dan mutiara bernilai,pada lembut tangannya menghayun buaian, ada azimat yang mampu menggoncangkan dunia. Teruskanlah…bakarlah semangatmu. Ingatlah jika ada seorang yang berusaha untuk menjatuhkanmu, seribu di belakangmu akan tetap bersamamu.

No comments:

Post a Comment